Sabtu, 4 Jun 2022

GANAJAPIM - PENYAKIT JARANG JUMPA

Dana bantu pesakit penyakit jarang jumpa bakal diwujudkan


KERAJAAN sedang berusaha mewujudkan dana bagi membantu pesakit “Penyakit Jarang Jumpa” mendapatkan rawatan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata ini kerana penyakit berkenaan memerlukan kos rawatan yang tinggi dan kebiasaannya tidak mampu ditanggung keluarga pesakit.

“Penyakit ini berpunca daripada kekurangan enzim dalam badan,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan kepada pesakit Saffiyya Aisyah Sahrul Asyraf Sharuddin, 6, di Bukit Merah Laketown di Bagan Serai, hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan memberikan bantuan sekiranya terdapat pesakit yang dilaporkan, namun ia tidak mencukupi kerana melibatkan kos rawatan yang amat tinggi.

“Kos itu termasuk ubat yang mahal dan susah untuk memperolehinya,” katanya.

Sementara itu, ibu Saffiyya Aisyah, Syamimi Athirah Sanusi, 30, yang merupakan seoramg suri rumah berkata beliau sekeluarga akan menunaikan apa sahaja kehendak anak tunggalnya itu, yang juga pesakit peringkat akhir.

“Kami reda dengan ketentuan Ilahi yang anak saya mempunyai tempoh hidup enam bulan lagi.

“Anak saya menghidap penyakit kanser otot sejak berumur empat tahun dan sudah dua kali menjalani pembedahan,” katanya.

Presiden Persatuan Sahabat Kanak-Kanak Kanser Wilayah Utara (Foccan) Maznah Tayib berkata pihaknya akan menunaikan hasrat Saffiya Aisyah untuk bermain salji di i-City, Selangor pada pertengahan bulan ini.

“Pesakit kanser sukar untuk sembuh, di mana 10 pesakit yang mendapatkan rawatan hanya dua yang mempunyai peluang hidup,” katanya. – Bernama, 3 Jun, 2022.

LANGKAH BAIK

KITA SOKONG

AMIN

HANYA SATU

CADANGAN

SILA MASUKAN

SERANGAN VIRUS

GINAJAPIM

DALAM SENARAI

SAKIT JARANG 

DIJUMPA

KHALAS

KALAU KENA

TAK SEMBUH2

SAMPAI MAUT

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kat negara kita ada jugak Penyakit Jarang Jumpa ni, kàlau kena penyakit ni, memang susah nak sembuh, Penyakit RASUAH. Tengok la NajibPaksa dan suaminya Rosmah. Tak sembuh lagi walaupun dah berubat hampir 3 tahun lebih.

wabwas berkata...

Sham, ginajapim ni boleh berevolusi jadi varian yang lebih ganas ke? Saje tanya..