Ahad, 3 Julai 2022

INFLASI LAWAN SABRI

 


Pemimpin Puteri Umno persoal jihad lawan inflasi kerajaan

PUTRAJAYA tidak boleh mengharapkan hasil berbeza jika pasukan khas untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup terdiri daripada menteri Kabinet yang masih tidak berjaya menangani isu tersebut menerusi portfolio masing-masing, kata Ahli Majlis Eksekutif Puteri Umno Dr Masliha Harun, hari ini.

Kerajaan sekarang berulang kali melakukan tindakan sama tetapi mengharapkan hasil berbeza, satu perkara sia-sia, katanya pada satu majlis untuk Wanita Umno.

Pada majlis Wacana Aspirasi Umno hari ini, Masliha berkata kesemua menteri ini sepatutnya menggunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk menambah baik keadaan, seperti mencari jalan mengawal inflasi dan harga barangan.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada Pasukan Khas Jihad Melawan Inflasi diterajui Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa yang berkata ia akan melancarkan kempen jualan pada skala lebih besar bagi menangani kenaikan kos sara hidup.


“Jika menteri tidak dapat menggunakan kuasa dan sebaliknya melancarkan kempen seperti ini, lebih baik kita minta organisasi bukan kerajaan yang uruskan,” kata Masliha.

“Ia seperti kita minta doktor mata buat pembedahan jantung,” tambahnya lagi.

Kabinet pada 29 Jun lalu bersetuju dengan pembentukan pasukan tindakan khas.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata peranan utamanya adalah untuk mengumpul semua maklumat berkaitan daripada kementerian, agensi dan orang awam bagi merangka strategi dan menyelaras tindakan untuk menyelesaikan isu berkaitan inflasi terutamanya bagi pengawalan kenaikan harga dengan lebih cekap dan berkesan.

Selain Annuar, pasukan itu juga disertai lima lagi ahli- Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Selain itu, Masliha juga mendesak Putrajaya supaya mengadakan pilihan raya serta merta, berkata yang ketidakstabilan politik semasa kini menjejaskan ekonomi negara.

“Semalam, perdana menteri kata kita tak boleh tunding jari kerana ia melemahkan kerajaan Barisan Nasional, saya tak setuju, ini bukan kerajaan BN, ini kerajaan hibrid,” katanya.

Pentadbiran Ismail Sabri kini terdiri daripada Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang disokong oleh parti dari Sabah dan Sarawak.

“Jika tidak ada kestabilan, bagaimana kita hendak capai kemakmuran? Orang muda mahukan gaji tinggi dan harga barang mampu milik. Mereka mahu negara untuk jadi harmoni, tapi bagaimana?” soalnya lagi.

“Kita perlu berdepan (hakikat). Ekonomi dan mata wang kita lemah, semua ini disebabkan ketidakstabilan politik.”

Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang juga penasihat khas perdana menteri untuk undang-undang dan hak asasi yang turut hadir pada forum itu juga membangkitkan isu perlunya kestabilan negara.

Bekas timbalan speaker Dewan Rakyat itu berkata negara tidak akan mampu bergerak ke hadapan dan melaksanakan pelan pembaharuan jika ia tidak stabil, walaupun beliau tidak menjelaskan maksud kestabilan yang disebut.

“Rang undang-undang anti gangguan seksual misalnya, sudah bertahun dan terlalu banyak duit dihabiskan, tetapi masih belum jadi disahkan (jadi undang-undang,” katanya merujuk kepada salah satu janji pembaharuan yang masih belum dipenuhi kerajaan.

Beliau turut mendesak menteri terlibat untuk bangkit menggunakan kuasa mereka bagi membantu rakyat yang kini bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.

Harga barangan melonjak naik di Malaysia sejak beberapa bulan lalu disebabkan gangguan rantaian bekalan, kekurangan pekerja dan kesan perang Ukraine.

Inflasi makanan naik 5.2% pada Mei lepas, tertinggi sejak November 2011. – 3 Julai, 2022.



MULA MULA

BINCANG INFLASI

NAK BANTU

ORANG RAMAI

KAH KAH KAH

KEMUDIAN

SELEKOH TIBAI

SABRI 114

KAH KAH KAH

INI BUKAN 

SERANGAN DARI

PAKATAN

KAH KAH KAH

INI DARI AHLI

GEROMBOLAN

SENDIRI

AMIN

AGENDA CEPAT

PILIHANRAYA 

ADALAH AGENDA 

TIBAI SABRI 114

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: