Khamis, 4 Ogos 2022

INGAT CARA BACA AKBAR DI MALAYSIA

 



MB nafi projek ladang Musang King punca tragedi banjir di Baling

ROJEK ladang durian Musang King di Gunung Inas di Baling bukanlah punca tercetusnya tragedi banjir aliran puing yang berlaku pada 4 Julai lepas di daerah ini sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata tiada kolam takungan air projek ladang durian itu yang dikesan pecah seperti dakwaan pihak tertentu.

“Kalau ikut pakar yang mengemukakan laporan kepada agensi yang diketuai oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), tidak ada sebab (untuk mengaitkan) projek Musang King.

“Kolam Musang King tidak pecah, jadi itu hanya usikan daripada netizen dan orang ramai dengan fakta yang tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Bantuan Banjir Baling di Kampung Sadek dekat Baling, hari ini.

Beliau demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan penduduk Kampung Padang Empang dekat Baling agar projek ladang durian itu dihentikan susulan tragedi banjir itu sehingga memusnahkan 17 rumah penduduk akibat dibawa arus deras.

Mengulas kejadian banjir di beberapa kampung di Mukim Baling semalam yang didakwa akibat aliran air dari Gunung Inas, Sanusi berkata puncanya belum dapat dipastikan.

“Tunggu laporan KeTSA,” katanya.

Seramai 41 mangsa banjir membabitkan 12 keluarga dari lima kampung ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling setakat 8 pagi.

Menteri besar Kedah itu juga berkata projek ladang durian Musang King di Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik akan diteruskan.

“Di Sik, ada jawatankuasa yang ditubuhkan… dah melawat semua tempat yang berisiko. Sik itu kawasan muka bumi tidaklah tinggi macam Gunung Inas… kawasan berbukit tetapi tak tinggi sangat. Jarak dengan kampung terdekat sekitar 2 kilometer,” katanya. – Bernama, 3 Ogos, 2022.

WOIT

INGAT CARA

BACA AKHBAR

MALAYSIA

AMIN

KALAU NAFI

ERTINYA BENAR

AMIN

KALAU TAK APA

PERLU NAFI

KAH KAH KAH

PASAI APA NAK

NAFI GILA GILA

AMIN

ORANG KAMPUNG

TAKDA SUARA

NAK BUAT HEBOH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: