Jumaat, 26 Ogos 2022

KATA DUA - SABRI AKAN DI PECAT ?


PRU segera atau dipecat - pelbagai versi berkaitan kata dua Umno pada PM
Perlbagai versi timbul susulan mesyuarat biro politik Umno Rabu lalu, sehari selepas bekas perdana menteri Najib Razak gagal mengubah keputusan bersalah dan hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber Umno dan kerajaan, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob diberitahu supaya mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin atau dipecat daripada parti.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menafikan perkara itu kepada Malaysiakini dengan menyifatkannya sebagai “palsu” dan “fitnah”.

Ketua Pemuda Umno  Asyraf Wajdi Dusuki pula menolak laporan berkaitan yang menurutnya “sekadar menyatakan ‘sumber dalaman’ yang tidak berasas hingga mencetuskan persepsi negatif”.

Sumber mendakwa mesyuarat Biro Politik Umno tegang sehingga ada yang meninggikan suara kepada Ismail, yang juga naib presiden Umno, dalam beberapa isu, termasuk isu pemenjaraan Najib.

Biro politik, kata sumber, kurang senang dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib.

"Oleh itu perdana menteri digesa supaya segera mengadakan PRU ke-15, itu antara tuntutan pemimpin Umno pada malam itu.

"Beliau juga diberi kata dua dan bakal berdepan tindakan lanjut, termasuk dipecat," kata sumber kepada Malaysiakini.

Sumber berkata mesyuarat juga membincangkan berkaitan pengampunan diraja untuk Najib, yang turut berdepan kes mahmamah berkaitan 1MDB.

Sumber bagaimanapun tidak mendedahkan penjelasan dan pendirian Ismail dalam mesyuarat itu.

Sementara itu, terdapat juga sumber lain daripada Umno yang menafikan perkara itu.

“Kata dua dan ugutan untuk pecat tidak langsung dibincangkan dalam biro politik.

“Memang ada kumpulan yang beremosi bercakap perkara ini, tapi ia bukan dalam mesyuarat biro politik. 

“Dan ada yang nak ambil kesempatan,” katanya yang hadir dalam mesyuarat itu kepada Malaysiakini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa penyokong Najib tidak puas hati dengan Ismail susulan keputusan terhadap Najib.

Antara mereka ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam yang mahu parti memecat atau sekurang-kurangnya menggantung Ismail.

Umno akan mengadakan taklimat khas kepada ketua-ketua bahagiannya esok. Pemimpin kanannya dipercayai akan menjelaskan isu sekitar pilihan raya dan pemenjaraan Najib.

Sementara itu, memetik sumber, The Vibes melaporkan Umno menuntut beberapa tindakan segera yang perlu diambil oleh perdana menteri jika tidak berdepan risiko hilang jawatan sebagai naib presiden Umno.

Tiga tuntutan itu ialah penyingkiran peguam negara, penyingkiran ketua hakim megara dan mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib.

KAH KAH KAH

WOIT

PECAT JANGAN

TAK PECAT

KAH KAH KAH

JANGAN ACAH

JANGAN GERTAK

KALAU BERANI

PECATLAH

 KAH KAH KAH

CAKAP SENANG

TOK EZI

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apo susah..mael soh je kdn haramkn yumno..pehtu bwk masuk penyokong dlm parti baru ..nk tengok apo jd dgn jaid porno rogo..tak pn sumbat jaid cepat2 apo la mael ni,pisau kat tangan dio timun pun kt tangan dio