Selasa, 2 Ogos 2022

NANCY POLOSI JUMPA SABRI BURBERRY


Nancy Pelosi dan delegasi kongres AS tiba di Malaysia

SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi diiringi delegasi kongres tiba di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi ke empat negara Asia.

Pesawat khas yang membawa Pelosi dan delegasinya mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 10.30 pagi.

Ketibaan Pelosi, 82, yang mengenakan sut merah jambu disambut Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon. Turut hadir Duta AS ke Malaysia Brian D. McFeeters.

Ia lawatan sulung Pelosi ke Malaysia. Turut serta dalam kunjungan itu dengan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Rakyat, Gregory Meeks. Pelosi, pemimpin nombor tiga dalam senarai pengganti presiden dan satu-satunya wanita yang pernah berkhidmat sebagai speaker dewan.

Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan kedua Pelosi selepas melawat Singapura pada Isnin sebelum ke Korea Selatan dan Jepun.

Lawatan beliau menjadi tumpuan banyak pihak yang menantikan sama ada Taiwan turut berada dalam jadual lawatannya.

Ketika berada di sini, beliau dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di bangunan Parlimen pada tengah hari sebelum menghadiri jamuan makan tengah hari dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hotel di sini.

“Lawatan itu antara lain akan menumpukan kepada isu keselamatan bersama, perkongsian ekonomi dan tadbir urus demokratik di rantau Indo-Pasifik,” memetik kenyataan akhbar pejabat Pelosi.

Bagaimanapun, pejabat Pelosi tidak menyatakan sama ada beliau akan melawat Taiwan di tengah-tengah spekulasi pulau itu turut termasuk dalam agenda lawatannya yang dikatakan bakal mengundang kemarahan China. Andai spekulasi itu menjadi kenyataan ia disifatkan satu isyarat positif kepada kem pro-kemerdekaan di pulau itu.

Menurut Kementerian Luar China jika Pelosi melawat Taiwan, Beijing akan mengambil langkah tegas untuk melindungi kedaulatan dan integriti wilayahnya, dan AS perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kesan yang timbul daripada lawatan itu.

AS menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 berikutan kemerdekaan Malaya daripada Britain.

Pada April 2014, hubungan dua hala Washington dan Kuala Lumpur dinaik taraf kepada Perkongsian Komprehensif. – Bernama, 2 Ogos, 2022.

NANCY POLOSI 

JUMPA 

SABRI BRUBERRY

AMIN

NANCY :

SORRY I DONT

SPEAK MALAY

AMIN

SABRI:

WHAT IS

THE BECAUSE

KAH KAH KAH

NANCY:

I SPEAK ENGLISH

AND FRENCH ONLY

AMIN

SABRI:

MI SPIK

SMALL SMALL

LITTLE LITTLE 

 UN PETIT PEU

ONLY

KAH KAH KAH 

AMIN

 KHALAS

Tiada ulasan: