Jumaat, 5 Ogos 2022

TAJUK BERITA TIDAK PENUH


Anwar paling layak jadi PM, kata Rafizi

TIDAK dinafikan Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH) kerana tidak ada tokoh dalam gabungan itu yang mampu menyandang jawatan tersebut, kata Rafizi Ramli.

Timbalan presiden PKR itu berkata tidak dinafikan pengerusi PH paling sesuai untuk jawatan tertinggi itu.

“Tiada persoalan daripada PH atau PKR yang calon PM kali ini ialah Anwar.

“Kami pernah hujah Anwar patut diganti, tetapi kami masih belum jumpa “tokoh” daripada PH yang boleh meraih majoriti besar sokongan daripada rakyat,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata adalah sia-sia untuk membincangkan tentang calon ganti sedangkan gabungan itu tidak mempunyai pesaing yang lebih bagus.

“Beliau calon terbaik yang kita ada. Jadi, isunya sekarang dengan calon terbaik, kita kena rapatkan jurang harapan itu dengan pengundi.

“Sebab kalau nak kata Anwar sudah tua, Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) pun sudah tua.

“Kalau orang nak kata beliau tidak ada pengalaman, sebelum ini beliau dalam kerajaan selama 16 tahun,” kata Rafizi.

WOIT

SAPA KETUA

PENGARANG

KAH KAH KAH

INI TAJUK BERITA

TIDAK PENUH

KAH KAH KAH

DI BAWAH INI 

TAJUK BERITA

 YANG BETUL

TEPAT SAHIH 

DAN JUJUR

AMIN

KHALAS


Selain dari saya , Anwar paling layak jadi PM, kata Rafizi



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak penat ke PKR sentiasa heret kambing tua itu kedepan orang ramai. Rakyat dah bosan dengan kambing tua tu hanya pandai mengembek, tak pandai buat kerja. Kalau nak cadang calon PM, Rafizi jauh lebih layak berbanding kambing tua tu.