Khamis, 22 September 2022

ADA ESOK UNTUK ZAHID


Mahkamah benarkan saksi perbicaraan Zahid didakwa

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pendakwa raya dalam perbicaraan rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk mendakwa saksi pembelaan.

Saksi Jefri Jamil dikatakan memberi keterangan berbeza di mahkamah berbanding yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Perbicaraan Colin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

“Keputusan mahkamah ini ialah Seksyen 155 Akta Keterangan membenarkan pendakwaan mengikut keadaan yang dinyatakan dalam akta ini dan seksyen ini tidak merujuk sama ada dokumen itu diklasifikasikan sebagai OSA (Akta Rahsia Rasmi) atau sebaliknya. Jadi keputusan mahkamah ini adalah saya akan membenarkan prosiding pendakwaan dimulakan,” kata hakim itu. 

Di bawah Seksyen 155 saksi boleh didakwa melalui pembuktian bahawa kenyataan bekas saksi itu tidak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya. Seksyen 155 tidak menyatakan jenis kenyataan sedemikian.

Jefri, 38, adalah saksi ketiga dalam perbicaraan Zahid.

Di mahkamah Jefri berkata Zahid membenarkan syarikatnya Teknik Sempurna Sdn Bhd membina masjid dan sekolah agama di Melaka dengan harga RM9.9 juta dan bayaran itu datang daripada Yayasan Akalbudi.

Beliau memberitahu Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran bahawa beliau memberi kenyataan kepada SPRM pada 2018 tetapi tidak ingat apa yang dikatakannya.

Raja Rozela berkata kredibiliti Jefri boleh dicabar di bawah Seksyen 155(c) Akta Keterangan 1950 kerana memberikan keterangan tidak konsisten dengan kenyataan sebelum ini.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM31 juta, lapan pertuduhan rasuah membabitkan RM21.25 juta dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM65 juta. 

Wang itu milik Yayasan Akalbudi sebuah yayasan kebajikan yang diketuai oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Jika sabit kesalahan Zahid boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

Pada 24 Januari Sequerah memerintahkan Zahid membela diri atas kesemua 47 pertuduhan. – 22 September, 2022.


WOIT

APA SUDAH

TERJADI ?

AMIN

MULA BELOT

KEMUDIAN BUAT

U TURN

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

SENDIRI MASUK

PENJARA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: