Khamis, 22 September 2022

KHAIRY LAWAN PRESIDEN PARTI



PRU15 tidak sesuai diadakan ketika musim banjir, kata Khairy

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan ketika musim banjir kerana banyak faktor perlu diambil kira, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata selain faktor kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan banyak perkara penting perlu diambil kira antaranya aspek tenaga kerja dan keselamatan rakyat pada musim banjir.

“Sebab pertama adalah tenaga kerja kerana banyak tenaga kerja yang diperlukan untuk pilihan raya malah pada bulan monsun pun ramai yang perlu dikerahkan untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS), jaga keselamatan rakyat dan jaga pemindahan.

“Kedua, dari segi kemudahan… PPS banyak diadakan di sekolah dan ia (sekolah) juga jadi pusat buang undi (bagi pilihan raya),” katanya semasa temu bual Setahun Pencapaian Sebagai Menteri Kesihatan di bangunan KKM di Putrajaya hari ini.

Khairy juga berkata akan berlaku peningkatan penyakit bawaan air yang memerlukan rawatan daripada pihak KKM dan penyakit lain seperti demam, selesema dan sebagainya akibat keadaan cuaca.

“Maka pandangan KKM memanglah daripada segi kesesuaian diadakan pilihan raya waktu musim banjir ini, tak sesuai,” kata Ahli Parlimen Rembau itu ketika diminta mengulas sama ada PRU15 sesuai diadakan ketika musim banjir.

Pada 17 September lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15.

WOIT

INI BUKTI JELAS

KHAIRY LAWAN

PRESIDEN PARTI

AMIN

ZAHID NAK PRU

WALAU PUN

MUSIM BANJIR

AMIN

KHAIRY TAK

MAHU IKUT ZAHID

AMIN

KAH KAH KAH

INI CONTOH

DEGIL TAK IKUT

ARAHAN PARTI

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

HALIMI MN berkata...

Orang Nogori Memang Hebat

Tanpa Nama berkata...

Ramai dah tahu Mr James Bond Pononegoro akan masuk jadi merpati, apa helah lagi entah lah, takut ada lagi helah cirit birit banjir kobid menanti , apa pun nampak gaya geng mahkamah banduan ini tegar, ada rasa nak cabut blah kah kah sampai anak didik berani melawan dah, kah kah kah, syabas KJ, kalau semua masuk engkau bakal jadi President lah selepas Blurry kah kah kah apa pun tahniah