Sabtu, 24 September 2022

AKAL BERBUDI ADA LAGI


Satu lagi kes mahkamah menanti Zahid


MAHKAMAH Tinggi Shah Alam mungkin membebaskan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada semua 40 pertuduhan rasuah berkaitan sistem visa luar negara (VLN) awal hari ini tetapi presiden Umno itu masih mempunyai 47 pertuduhan daripada satu lagi kes jenayah yang sedang berjalan.

Perbicaraan bagi 47 pertuduhan itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB).

Dua belas daripada pertuduhan itu berhubung pecah amanah jenayah membabitkan lebih RM31 juta dana YAB, 27 pertuduhan pengubahan wang haram, dan lapan pertuduhan rasuah membabitkan RM21.25 juta.

Perbicaraan yang bermula pada 18 November 2019, sedang didengar oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, manakala pasukan pembelaan diketuai oleh Hisyam Teh Poh Teik.

Raja Rozela dan Hisyam masing-masing mewakili kerajaan dan tertuduh dalam kes VLN membabitkan Zahid.

Seramai 99 saksi pendakwaan setakat ini sudah memberi keterangan dalam perbicaraan YAB.

Penghujahan pada akhir kes pendakwaan bermula pada September tahun lalu, dan mengambil masa 24 hari sebelum selesai pada 6 Disember.

Pada 24 Januari, Mahkamah Tinggi memerintahkan pengerusi Barisan Nasional itu membela diri bagi kesemua 47 pertuduhan.

Hakim Sequerah ketika menyampaikan keputusannya, berkata beliau mendapati kes prima facie terhadap Zahid bagi kesemua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Tiga pilihan diberikan kepada Zahid - memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, yang membolehkan beliau disoal balas oleh pendakwa; memberikan keterangan tidak bersumpah dari kandang saksi, di mana beliau tidak boleh disoal balas; atau memilih untuk berdiam diri.

Hisyam memberitahu mahkamah yang tertuduh memilih memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Pasukan peguam Zahid pada mulanya memberitahu mahkamah mereka akan memanggil 43 saksi pembelaan, sebelum mengurangkannya kepada 40, tidak termasuk tertuduh.

Pada 13 April, Zahid mengambil keterangan di hadapan saksi. Pada 30 Ogos, selepas 17 hari perbicaraan, Zahid selesai memberi keterangan.

Pada masa ini, pihak pendakwaan memohon untuk menolak saksi pembelaan dalam perbicaraan itu, yang kenyataannya di mahkamah dikatakan berbeza dengan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Raja Rozela membuat permohonan itu ketika menyoal balas kontraktor Jefri Jamil, saksi pembelaan ketiga dalam perbicaraan Zahid.

Jefri adalah saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan apabila Zahid diperintahkan membela diri.

Hakim membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menolak saksi dan menetapkan 31 Oktober bagi prosiding pendakwaan.

WOIT

ADA 40 ATAU 47

LAGI KES

KAH KAH KAHH

CUNT PIUS

RAMAI KES

PAYAH NAK KIRA

KAH KAH KAH

INI BERAT

INI TAK ADIL

AMIN

INI DAKWA

SAMPAI MASUK

PENJARA

KAH KAH KAH

MACAM KES

SHAHRIZAT 

TIPU UNDI 

MENANG DI

LEMBAH PANTAI

AMIN

SPR ARAH KIRA

SAMPAI MENANG

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang akal berbudi lah, sebab wujud satu yayasan masukan semua duit rasuah, hitam jadi putih, settle kos nak tarik sokongan, kalau akaun sendirian Bhd susah nak jawab orang kan, sultan Perak cakap rasuah rosak negara, semua pembangunan dirasuah kan menjadi rasuah belaka sampai negara rakyat makin teruk, hasil bumi dirasuah kan untuk kaum kerabat kayangan sampai melayu meniaga tepi jalan tepi longkang tapi tetap sokong pencuri perasuah perompak negara, ini lah musuh utama kemanusiaan negara kah kah kah tak apa tak apa asal orang kita Orang melayu Islang semua boleh dihalalkan ketuk dahi sampai hitam macam CEO tabung haji amin kah kah kah