Sabtu, 24 September 2022

HOT HOT HOT TUKAR TIUB PEMECAH BERITA

 


BERITA INI

MUNCUL PADA

22/9/2022

JAM 6.30 PETANG

AMIN

TUKAR TIUB

MELAPOR LEBIH 

AWAL DARI SEMUA

 PORTAL BERITA

 AMIN



BANGUNAN PBB

DI NEW YORK

DI KEPUNG


ISMAIL SABRI
TELAH MEMBAWA RAMAI
KETUA BAHAGIAN UMNO
KE NEW YOK

DUA JET
TELAH BERLEPAS DARI
LAPANGAN TERBANG SUBANG

SATU JET RESMI KERAJAAN
SATU LAGI  UNTUK
KETUA BAHAGIAN UMNO

JANGAN DENGAR 
KHABAR ANGIN 
YANG LIAR  MENULAR

MUSUH POLITIK SABRI
TELAH MELAPORKAN
KETUA KETUA BAHAGIAN INI
  DITERBANGKAN
KE NEW YORK
UNTUK MENGEPONG  
BANGUNAN PBB
KERANA PBB GAGAL
 MENGUNAKAN
BAHASA MELAYU
DALAM URUSAN RESMI
DI PBB

INI FITNAH

KETUA BAHGIAN UMNO
 DATANG BUKAN
NAK BANTU
ISMAIL CAKAP INGGERIS

JADI WAT
IS DE BEKOS

JADI KENAPA 
MEREKA DITERBANGKAN
BERSAMA DELEGASI
RESMI KERAJAAN
KE UNGA DI NEW YORK

JAWABNYA SENANG SAJA

SABRI BERA
NAK TUNJUK PADA ZAHID
BAHAWA SEMUA 
KETUA BAHAGIAN INI
ADALAH PENYOKONG SETIA
MAIL BERA
KAH KAH KAH

 SAPA BAAYAR SEMUA INI?

JENG JENG JENG
SAPA SAPA SAPA

ADAKAH DUIT KERAJAAN
ADAKAH DUIT PARTI
APAKAH ADA TOWKAY
AYNG  MEMBERI DANA

PEMBACA TUKAR TIUB
SILA KOREK
AMIN
KHALAS

LAPORAN MALAYSIA KINI
PETANG HARI INI

8 pemimpin Umno sertai 
rombongan PM ke New York

Penyertaan lapan pemimpin Umno termasuk di peringkat bahagian dalam rombongan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, ke New York, mencetuskan persoalan kepada sesetengah pihak.

Naib presiden Umno itu berlepas ke bandar raya berkenaan pada 21 Sept bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77.

Menurut sumber Umno, pada awalnya seramai 10 pemimpin parti itu dikatakan akan menyertai rombongan tersebut. Antara mereka ialah termasuk Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, dan setiausaha agung parti terbabit, Ahmad Maslan.

Bagaimanapun Khaled dan Ahmad tidak menyertai rombongan tersebut.

Turut tidak menyertai rombongan itu Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga ketua Umno Baling.

Lapan pemimpin Umno yang berlepas ke AS bersama naib presiden mereka itu ialah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Ab Rauf Yusof; Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan, bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said; Ketua Umno Tanjung Piai, Jefridin Atan; Ahli Parlimen Rompin, Hasan Arifin; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Othman Aziz.

Keberadaan para pemimpin Umno itu di bandar raya New York diketahui umum apabila mereka sendiri menguar-uarkannya melalui hantaran di media sosial. Antara pemimpin yang memuat naik gambar masing-masing di Facebook ialah Wan Rosdy, Ab Rauf, dan Jefridin.

Penyertaan pemimpin Umno dalam rombongan Ismail Sabri itu mengundang spekulasi kerana ia berlaku ketika pemimpin utama parti berkenaan mendesak perdana menteri supaya segera mengadakan pilihan raya umum (PRU).
ADS

Ketiadaan Khaled dalam rombongan perdana menteri ke New York disahkan bekas ahli parlimen Johor Bahru, Shahrir Samad.

Perbelanjaan tanggung sendiri

Malah melalui hantarannya di media sosial, Shahrir turut menyelitkan sindiran dalam pujiannya kepada Khaled serta Ahmad yang juga pemimpin Umno Johor.

"Takkan mesyuarat war room Umno Malaysia diadakan di New York sempena UNGA.

"Tak betullah berita di medsos (media sosial) kononnya naib presiden kita, Khaled Nordin, dan SUA Ahmad Maslan pergi ke New York.

"Tahniah kerana meletakkan kerja parti di atas syiok sendiri berada di New York," katanya.


Khaled merupakan bekas menteri besar Johor, manakala Ahmad kini ahli parlimen Pontian.

Shahrir memuat naik kenyataan itu diiringi hantaran media sosial Khaled yang menunjukkan beberapa pemimpin kanan Umno mengadakan mesyuarat di ibu pejabat parti mereka.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, meminta Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Katanya, kerajaan perlu menjelaskan kos yang ditanggung untuk membawa pemimpin Umno terbabit ke AS dan kewajaran mereka menyertai rombongan tersebut.

"Rombongan PM ke UNGA di New York dikatakan seramai hampir 30 orang termasuk pimpinan Umno .

"Naik private jet (kapal terbang peribadi). PMO mesti jawab secara rasmi kos rombongan Umno ini. Umno is Umno," katanya dalam ciapan di Twitternya.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balas pemimpin Umno yang menyertai rombongan itu, namun setakat ini belum menerima sebarang respons daripada mereka.

Sementara itu sumber kerajaan mengesahkan penyertaan pemimpin Umno dalam rombongan perdana menteri namun sebahagian besar daripada mereka adalah kakitangan PMO.

"Perbelajaan tetamu perdana menteri semua ditanggung mereka sendiri," katanya kepada Malaysiakini.


TUKAR TIUB

TEPAT & BENAR

KAH KAH KAH

MI SPIK

NO INGLISH

KAH KAH KAH

INI CARA 

MAIL BLURR

KEMPEN UNTUK

LAWAN ZAHID

KAH KAH KAH

BAWAK SEMUA

KETUA BAHAGIAN

DATANG KE NEW YORK

AMIN

KHALAS


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sembang deraih..

Tanpa Nama berkata...

Rakyat tak perlu kan gerombolan, Melayu tidak perlu UMNO, Islam tak perlu PAS, rakyat lebih suka kalau gerombolan bersama spesis manusia pencuri sejak zaman berzaman berambus dari sini, tapi ala daya masih ramai diperbodohkan tetapi masih sokong kerana dapat sedikit sebanyak kemudahan, begitu lah mentaliti herd, diketuai oleh kepala lembu kah kah kah, lagi cepat gerombolan dari negara ini lagi bagus, rakyat duit dapat diselamatkan, kah kah kah Atok pun sama asal usul dari gerombolan tak baik untuk negara ini, kanser rasuah dah meracuni otak Melayu Islang sampai ok saja kalau rasuah kerana Bossku amin