Ahad, 4 September 2022

DEMI KUASA


Demi kuasa, PAS ingin terus jadi tongkat Umno

KENYATAAN timbalan presiden dan ketua Pemuda PAS beberapa hari lalu yang dilihat berterusan dengan ilusi bahawa Muafakat Nasional (MN) masih wujud merupakan suatu isyarat jelas ketidakyakinan mereka terhadap kepimpinan Muhyiddin Md Yasin selaku pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Ini mungkin bertitik tolak daripada jangkaan PAS melalui kenyataan dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Zuhdi Marzuki yang juga merupakan setiausaha Politik timbalan presiden PAS apabila menjangkakan potensi Pakatan Harapan (PH) untuk menang lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah tinggi. 

Ditambah pula dengan beberapa pandangan politik yang melihat Bersatu akan berada di persimpangan yang cukup genting dan berisiko besar untuk kehilangan banyak kerusi, terutama sekali kerusi ahli Parlimen yang melompat dari Umno dan PKR.

Sekiranya ini berlaku, tentunya PAS dengan berbekalkan kemenangan 18 kerusi parlimen, tidak akan mampu untuk mengulangi strategi sama sebagai “king maker” dalam sesi tawar menawar bagi membentuk kerajaan.

PAS tidak peduli walaupun pujukan kepada Umno untuk aktifkan kembali MN dibalas tuba, umpama hidung tidak mancung, pipi pula tersorong-sorong apabila presiden Umno sendiri mengeluarkan kenyataan balas bahawa kerjasama MN yang PAS sampaikan hanya satu kerjasama politik dangkal.

Ini kerana PAS telah mengkhianati Umno dan sentiasa ‘main dalam beberapa kolam’. Namun, demi survival politik PAS relakan jua tindakan sebegitu.

Mungkin faktor itu menjawab mengapa PAS memilih untuk memberi fokus kepada 27 kerusi yang berkemungkinan bertembung dengan Umno hingga ingin menamakannya sebagai “Kerusi Muafakat Nasional”.

Secara tidak langsung, ini membuka pekung sebenar PAS yang mementingkan diri sendiri dan meninggalkan PPBM terkontang kanting. 

Oleh itu, sikap, pandangan dan kenyataan pimpinan PAS kebelakangan ini tidak lebih dari sekadar menyerlahkan tingkah laku gerombolan yang terlalu takut kehilangan jawatan lantaran seronok di puncak kuasa. Tidak mustahil PAS akan kembali berpelukan dengan Umno selepas PRU15 dan meninggalkan Bersatu.

Meneliti kebarangkalian ini, saya ingin bertanya kepada  penyokong Bersatu yang ikhlas meninggalkan Umno kerana bencikan rasuah dan kebobrokan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN); adakah mereka merelakan negara ini diperkotak katikkan lagi dengan permainan Umno-PAS ini?

Justeru itu, pada pendapat saya rakyat yang ikhlas menolak Umno demi Malaysia yang lebih baik perlulah bersama-sama dalam gerakan yang diperjuangkan PH untuk kita perbetulkan kembali Malaysia agar berada di atas landasan tepat pemulihan ekonomi, pendidikan, membasmi kemiskinan, mewujudkan pentadbiran negara yang bersih dan berintegriti.

Hanya PH yang mempunyai wawasan jelas dalam mengangkat kembali maruah bangsa Malaysia di mata dunia berbanding PN dan BN yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan politik kepartian sahaja. – 3 September, 2022.     

* Salahuddin Ayub, 
Timbalan presiden Amanah.



DEMI KUASA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: