Jumaat, 23 September 2022

PAK LEBAI AKAN DI LAWAN

 



PAS mahu lawan Umno di Pahang, Perlis jika bertembung di Terengganu, Kelantan

PAS memberi amaran akan menentang Umno di Pahang dan Perlis jika parti Melayu itu terus berdegil untuk bertembung di Terengganu dan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jentera PAS kini giat memperkemas gerak kerja sebagai persediaan menghadapi senario pertandingan tiga penjuru.

“(Dalam) PRU14 PAS menang dua negeri Kelantan Terengganu, Umno juga menang dua negeri .

“Kalau mereka terus isytihar lawan PAS di Terengganu dan Kelantan, insya-Allah kita akan lawan mereka di Pahang dan Perlis,” katanya di Kuala Terengganu malam tadi.

Mengulas lanjut, menteri alam sekitar dan air itu berkata PAS tidak pernah takut berlawan dengan Umno namun pertembungan kali ini tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“... Tapi kita tak nak menang jadi abu, kalah jadi arang. Kita tak nak menang lawan tapi akhirnya negara kita tergadai, kekuatan kita tergadai,” katanya.

PAS juga kini masih menawarkan kerjasama dengan Umno, kata Tuan Ibrahim dalam ucapan sewaktu perasmian pelancaran jentera PRU15, di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus.

Dalam acara sama, Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor turut menegaskan PAS tidak pernah gentar untuk bertembung dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri besar Kedah itu berkata, PAS mahu meneruskan kerjasama biarpun pernah mempunyai sejarah hitam dengan Umno atas agenda penyatuan ummah dan perpaduan parti Melayu dan Islam.

Namun beliau membayangkan kerjasama itu kini agak mustahil dan menegaskan PAS sudah bersedia menyahut cabaran Umno untuk berlawan.

“Umno kata kita tidak boleh lawan mereka depan-depan. Tapi kita 60 tahun kita lawan, enam hari sahaja berkawan.

“Tapi kenapa Umno nak kelahi? Hari-hari buat kenyataan PAS berkubur, PAS terhegeh-hegeh.”

Tambahnya, PAS sanggup mengorbankan perasaan selepas terluka sepanjang 60 tahun ditindas Umno dan Barisan Nasional, termasuk kematian anggota mereka dalam peristiwa Memali.

“Sampaikan ada orang kita yang mati syahid, peristiwa Memali di Baling, semua itu kita padam.

“Tapi saya katakan di sini kalau anda nak kawan datanglah tapi kalau anda nak lawan, anda tunggulah,” katanya di acara yang dihadiri ribuan pengunjung itu.

Dalam ucapannya, Sanusi turut membidas Umno yang dilihatnya semakin tamak selepas naib presidennya Ismail Sabri Yaakob dilanttik menjadi perdana menteri kesembilan tahun lalu.

Sikap itu berbeza dengan PAS yang menurutnya tidak pernah menggunakan wang kerajaan untuk kepentingan parti.

“PAS masuk PRU sebagai medan jihad. Kerana itu PAS selama mana dalam kerajaan kita tak ambil duit itu untuk parti kita.

“Berbeza dengan Umno, nak masuk PRU kena rompak dulu, saya tahu ia berlaku sekarang ini,” katanya,

Sanusi seterusnya meminta ahli parti bersedia sekiranya PAS membuat keputusan muktamad untuk berlawan dengan Umno dalam PRU15.

Tawaran PAS untuk meneruskan kerjasama ditolak Umno atas alasan pertembungan itu akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Umno mengumumkan tidak akan meneruskan rundingan dengan PAS kerana hubungan parti Islam itu dengan Bersatu yang mahu menghancurkan parti Melayu tersebut.

PAS pada bulan lalu masih berharap dapat bekerjasama dengan Umno untuk menyelamatkan 27 kerusi yang berisiko dirampas PH.

Dalam muktamar PAS pada awal bulan ini, parti itu turut meluluskan usul menyatukan parti politik teras Melayu supaya tidak berlaku perpecahan undi dan menolak kerjasama dengan PH.

Selain menguasai Kelantan dan Terengganu dalam PRU14, PAS turut berjaya mengambil alih Kedah pada Mei 2020 selepas melalui gabungan Perikatan Nasional bersama wakil rakyat Bersatu dan Umno. – 23 September, 2022.     

BILA PELACUR

TAK LAKU

PELANGAN

DAH  TOLAK

KAH KAH KAH

PELACUR AKAN

BUKA KANGKANG

LEBIH LUAS

KAH KAH KAH

PASANG

KANG  KANG

PERANGKAP 

TAK MENGIRA

SAPA SAJE

KAH KAH KAH

INILAH PERANGAI

PELACUR

AMIN

LU TAK CAYA

LU TANYA KU LI

ANAK RAJA

KELANTAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Nazrio berkata...

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata:

aruL kandar punya penjeLasan tip top
adat haLaman ada jambangan bunga
adat buLan dengan taburan bintang
adat Raja dengan permaisuri
ada pas dengan bisnis igama