Jumaat, 23 September 2022

ZAHID BEBAS


Zahid syukur, mahkamah buktikan dirinya tidak bersalah

BEKAS timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran atas keputusan Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini, yang melepas dan membebaskannya daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Zahid, 69, berkata keputusan itu sejajar dengan keyakinan bahawa dirinya tidak bersalah dan percaya pelaksanaan sistem perundangan negara telah diteliti dan diperincikan oleh hakim dengan seadil-adilnya ke atas semua pertuduhan dikenakan terhadap beliau.  

“Bagaimanapun, saya harus reda dengan ujian ditimpakan ke atas saya…saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan itu tidak pernah saya lakukan serta amat yakin selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno, ini adalah kejayaan perjuangan BN dan Umno,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi bangunan mahkamah di Shah Alam, selepas Hakim Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap ahli Parlimen Bagan Datuk itu di akhir kes pendakwaan.

“Saya telah diaibkan, dimalukan dan ‘ditelanjangkan’ dengan pelbagai tanggapan serta telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘the court of public opinion’. 

“Tetapi alhamdulilah, pada hari Jumaat ini penghulu segala hari, menyaksikan segalanya bahawa perundangan ditegakkan demi kebenaran,” katanya. 

Zahid turut menzahirkan terima kasih kepada barisan peguamnya diketuai Hisyam Teh Poh Teik yang menjalankan tugas secara profesional dan cemerlang. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada isteri, anak-anak, keluarga serta ahli dan seluruh kepimpinan Umno atas sokongan diberikan selama ini. 

Zahid menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. – Bernama, 23 September, 2022.

WOIT

ZAHID BEBAS

APA MAKNANYA

KAH KAH KAH

MAKNANYA

MAIL BERA MAKIN

TERDESAK

KAH KAH KAH

KETUA BAHAGIAN

DI NEW YORK

BERHARAPKAN

ZAHID TERJERUT

BOLEH ENJOI

DI DUBAI

KAH KAH KAH

SEKARANG 

BILA PULANG

MAIL BLUUR 

KENA

JUMPA ZAHID

YANG BERTMBAH

KUAT

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bebas tetap bebas, jangan pertikai yang Arif, faham maksud yang Arif, yang semua tahu, yang semua beres, kah kah dulu ada majalah gila gila, ada Prof Serba Tahu kah kah kah sama lah macam yang Arif Arif kita di negara ini, semua mereka tahu, dia tak pernah nampak envelope boleh masuk 600 k Sing Dollar, kah kah kah woit singapura ada note kertas 10,000 yang Arif tahu tak??? 1satu envelope boleh masuk 60 keeping 10,000 tak yang Arif ??? Tanya lag sebab yang Arif semua tahu, semua tahu semua tahu kan kah kah kah nak buat lawak bukan did mahkamah, buat stand up komidi dekat chow kit lah, kah kah SPRM boleh siasat yang Arif tak? Tanya saja jangan mare mare bise bise je lah orang Tanya kah kah kah