Jumaat, 28 Oktober 2022

DUIT PUNYA PASAL


Muda akan bincang kedudukan Syed Saddiq dalam PRU15

PIMPINAN tertinggi Muda akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk menentukan kedudukan presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada bertanding atau tidak dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas mahkamah hari ini memerintahkan beliau membela diri atas empat pertuduhan jenayah.

Syed Saddiq berkata perkara itu akan dibawa kepada parti untuk diputuskan.

“Untuk saya mempertahankan kerusi di Muar, ia bergantung kepada rakyat Muar.

“Tetapi apa pun, saya perlu bawa isu ini kepada parti. Saya orang yang setia dengan parti dan prinsip diutamakan dalam politik,” katanya kepada wartawan di luar mahkamah.

Ditanya sama ada keputusan mahkamah hari ini akan menjejaskan kempen Muda dalam PRU15, Syed Saddiq berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai.

“Saya rasa ia bergantung kepada rakyat untuk menilainya tetapi dari segi perspektif Muda, apa yang saya akan buat adalah mengadakan mesyuarat dalam kadar segera untuk membincangkan isu ini secara terperinci,” katanya.

Beliau tidak menyebut bila mesyuarat berkenaan akan dipanggil.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum itu memerintahkan Syed Saddiq untuk membela diri atas empat pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM1 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq.

Perbicaraan bela diri ditetapkan 1o hari antara 22 Februari hingga 14 April tahun depan.

Peguam Gobind Singh Deo yang mengetuai pasukan pembelaan Syed Saddiq berkata anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah dan mengemukakan 14 saksi lain.

Menurut Syed Saddiq, beliau akan menjelaskan kebenaran dalam keterangannya nanti.

“Dalam bab ini, sudah tibanya masa saya diberi peluang untuk memberikan kenyataan saksi bersumpah dalam mahkamah.

“Ia adalah peluang untuk menceritakan kebenaran di pihak saya supaya kebenaran dapat ditegakkan,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq mengulangi pendiriannya kes berkenaan tidak melemahkan semangatnya berjuang demi rakyat serta niat asalnya menyertai politik iaitu untuk menjadikan politik bersih. – 28 Oktober, 2022.
 

SAYANG

SERIBU KALI

SAYANG

AMIN

AWAL AWAL

LAGI DAH ADA

KES DUIT

AMIN

KALAU KES DEMO

MOLEK UNTUK

PENGALAMAN

INI KES DUIT

BURUK BUNYINYA

AMIN

SALAH BENAR

APA PUN BIAR

MAHKAMAH

TENTUKAN

AMIN

TANDING KERUSI

ADA BAHAYA 

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Awal awal mereka buat halangan, itu sengaja supaya muda lingkup, tapi tak apa, biar tanding dulu, semua calon mereka pun ada kes, kalau tak ada kes, maksud tak matang, curi Milo salah, curik billion tak salah, kata polis pencen selagi tak kena tangkap tak salah kah kah kah