Isnin, 7 November 2022

PAK LEBAI WAK MUTAARJO PANDAI RASUAH


Kerajaan sementara luluskan projek bernilai berbilion ringgit, kata Rafizi

PROJEK berbilion ringgit dipersetujui secara tergesa-gesa oleh kerajaan sementara ketika negara menghampiri Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini.

Pada sidang media petang ini, Rafizi berkata kerajaan sementara tidak seharusnya memberikan projek, dan tender seperti sepatutnya dilakukan oleh kerajaan baharu selepas PRU15.

Beliau berkata salah satu kes yang menjadi perhatiannya melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air yang diterajui Ahli Parlimen PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sejak beberapa minggu lalu, saya dimaklumkan ada usaha untuk meluluskan projek bernilai berbilion ringgit serta-merta tanpa mengikut prosedur Jabatan Perbendaharaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

“Maklumat yang saya perolehi setakat ini menunjukkan terdapat projek sedang dijalankan dan akan diberi kelulusan segera melalui rundingan terus walaupun dalam tempoh ‘kerajaan sementara’.

“Berdasarkan kajian saya, terdapat dua projek yang sedang dikendalikan kementerian, dengan satu syarikat dikaitkan dengan Umno.

“Saya juga boleh mendedahkan yang kementerian di bawah Tuan Ibrahim menganugerahkan tender bernilai RM578.6 juta kepada Mangkubumi Sdn Bhd bagi kerja-kerja menaik taraf kolam tebatan banjir Krubong - Durian Tunggal secara tender terhad (atau terpilih) di bawah program Jana Wibawa,” katanya.

Menurut Rafizi, kerja-kerja menaik taraf kolam mitigasi diumumkan oleh perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob dan program Jana Wibawa diwujudkan di bawah tempoh Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

“Saya akan menyentuh lebih lanjut mengenai program Jana Wibawa dalam sidang media akan datang,” katanya.

Rafizi menambah, beliau diberitahu oleh orang dalam yang kementerian Tuan Ibrahim sedang dalam proses menganugerahkan satu lagi projek bernilai RM2 bilion kepada Mangkubumi Sdn Bhd - syarikat sama yang dianugerahkan projek kolam tebatan banjir Krubong - Durian Tunggal.

“Projek RM2 bilion ini adalah untuk pelan tebatan banjir Sungai Langat. Apa yang saya dapati Mangkubumi Sdn Bhd adalah syarikat yang tidak memfailkan penyata kewangan teraudit kerana syarikat itu memilih untuk menjadi “syarikat berkecuali” sebagai statusnya.

“Syarikat ini mempunyai dua kes petisyen muflis di mahkamah kerana hutang tidak dibayar kepada kontraktor seperti yang direkodkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Syarikat itu juga berhutang RM144 juta kepada institusi kewangan mengikut rekod yang disimpan oleh SSM dan semakan lanjut pemiliknya, (Tan Sri) Zainuddin Karjan menunjukkan beliau seorang tokoh yang rapat dengan Umno dan mengaut keuntungan daripada projek kerajaan,” kata Rafizi.

Calon bagi kerusi Parlimen Pandan itu memberitahu media yang Zainuddin adalah penasihat Kelab Putra 1Malaysia - sebuah kelab yang ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Umno Azeez Rahim.

Tambahnya, Mangkubumi menerima projek berbilion kerajaan pada 2016 seperti dilaporkan oleh media.

“Mangkubumi Sdn Bhd adalah syarikat yang disiasat dan dinamakan sebagai salah satu syarikat yang memindahkan wang kepada Azeez Rahim dalam dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM139 juta. Kes itu didakwa di mahkamah pada 2019,” katanya.

Rafizi kemudian menggesa Tuan Ibrahim untuk berterus-terang berhubung perkara itu jika benar projek itu diberikan kepada syarikat berkaitan Umno semasa tempoh peralihan.

“Tuan Ibrahim perlu menjawab sekiranya projek ini diberikan secara rundingan terus semasa tempoh kerajaan sementara.

“Jika perkara ini tidak benar, beliau perlu mengeluarkan kenyataan yang projek ini tidak akan diberikan secara rundingan terus dan sebarang keputusan mesti dibuat oleh kerajaan baharu,” tambahnya. – 7 November, 2022.

PEKARA INI

SENANG SELESAI

AMIN

KERAJAAN BARU

BATAL SEMUA

AMIN

TANGKAP 

PAK LEBAI YANG

MI SPIK NO INGLIS

KAH KAH KAH

SOAL DIA 

DALAM BAHASA

INGGERIS

KAH KAH KAH

BAGI KOTE 

KECUT MECUT

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: