Isnin, 7 November 2022

PERLIS AKAN JATUH



Perlis bukan lagi kubu kuat Umno, kata penganalisis


PERLIS sudah tidak boleh lagi dianggap kubu kuat Umno selepas pergolakan dalaman susulan tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menggugurkan dua tokoh utama parti negeri daripada bertanding pada pilihan raya umum ini, kata penganalisis.

Keadaan itu membuka kemungkinan untuk PAS menambah satu lagi negeri melalui Perikatan Nasional (PN), menjadi negeri kelima pernah ditadbirnya selepas Kelantan, Terengganu, Kedah, dan pada suatu masa, Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini, BN menggugurkan Shahidan Kassim dan Zahidi Zainol Abidin daripada bertanding semula mempertahankan kerusi parlimen masing-masing, Arau dan Padang Besar.

Shahidan kemudian dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN), yang diumumkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana kerusi itu asalnya diagihkan untuk ditandingi oleh PAS bagi gabungan itu.

Zahidi pula bertanding sebagai calon bebas di dua kerusi, Parlimen Padang Besar dan kerusi negeri bawahnya Titi Tinggi.

Penganalisis politik Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melihat pengguguran dua nama besar dalam politik Umno di Perlis itu akan memberi kesan kepada BN.

“Sudah pasti akan ada kesan… Shahidan dan Zahidi pemimpin lama di Perlis. Mereka ini ada pengikut, jadi apabila tidak dicalon oleh parti dan mereka bertanding juga sudah pasti menimbulkan keadaan bahagi dalam kalangan penyokong,” katanya.

“Mereka yang tidak setuju dengan tindakan presiden Umno akan buat undi protes,” katanya.

Pengerusi PN Perlis Mohd Shukri Ramli baru-baru ini memberitahu The Malaysian Insight pengaruh Shahidan bukan hanya di Arau tetapi di seluruh negeri kerana pernah lama jadi menteri besar antara 1995 hingga 2008.

Mazlan melihat ada kemungkinan PN boleh muncul unggul di Perlis namun mengakui sukar membaca dan memahami kesetiaan ahli Umno sama ada kepada parti atau pemimpin.

“Susah kita nak jangka sebab ahli Umno ini umumnya setia kepada parti, kecuali kita lihat waktu Anwar Ibrahim dipecat (pada 1998)... dia bawa pengikut (keluar parti),” tambahnya.

Mazlan juga menarik perhatian kepada kejayaan Pakatan Harapan (PH) menang kerusi Parlimen Kangar pada PRU14, yang membayangkan pengaruh Umno sudah mula dipecahkan oleh pembangkang di Perlis.

Pada PRU14, BN menang dua daripada tiga kerusi parlimen, dan 10 daripada 15 kerusi parlimen di Perlis. Semua kerusi negeri itu bagaimanapun dimenangi dengan jumlah undi yang kecil.

Bawah Parlimen Padang Besar, misalnya, BN menang kerusi negeri Titi Gantung dengan hanya 142 undi atau 1.81% daripada keseluruhan undi. Di Pauh, bawah Parlimen Arau, BN juga menang dengan hanya 143 undi atau 1.57% majoriti.

PH menang tiga kerusi, dua daripadanya marginal sementara PAS menang dua kerusi dan kedua-duanya juga dengan majoriti tipis.

Berdasarkan pola sokongan sebelum ini, Umno menguasai Padang Besar manakala PKR kuat di Kangar sementara PAS ada pengaruh yang agak besar dan konsisten di Arau.

Kerusi DUN Sanglang bawah Parlimen Arau misalnya kekal dimenangi oleh PAS sejak 1999, biarpun bertahan dengan majoriti yang tipis setiap kali pilihan raya.

Sementara itu, pengarah eksekutif Ilham Center Hisomuddin Bakar berkata kemarahan penyokong Shahidan awal minggu lalu, selepas beliau tidak dicalonkan semula oleh BN, sedikit sebanyak cuba diredakan oleh tokoh muda Umno negeri Fathul Bari Mat Jahya.

“Dia cepat ‘counter’ keributan. Dia jadi wira pergi jumpa petugas bilik gerakan Shahidan dan pujuk semula,” katanya, menceritakan maklumat yang dikutip hasil tinjauan pasukan Ilham Center di lapangan.

Hisomuddin bersetuju ada kecenderungan dalam kalangan penyokong Shahidan untuk tidak mengundi Umno, namun ia masih lagi sukar dibaca.

Tinjauan pihaknya di lapangan mendapati kecenderungan itu tinggi dalam kalangan mereka yang bernaung bawah bekas menteri besar itu, atau istilahnya, kata beliau memetik pengundi yang ditemui di Arau, “orang yang makan atas tangan Shahidan”.

“Jumlah ini kita tidak tahu. Mereka ini sudah tukar baju, daripada BN kepada PN.

“Cuma yang jadi persoalan pada mereka, adakah Shahidan akan masuk PAS; kalau masuk PAS, mereka macam mana? Itu yang mereka tidak jelas,” katanya.

Hisomuddin juga berkata pengundi tegar BN dan Umno di Perlis berbelah bahagi untuk mengundi parti lain kerana selama ini tidak pernah mengundi parti lain.

“Ada responden beritahu kami, ‘saya ini kalau hendak pangkah lain daripada BN, nak kena selawat banyak kali tapi kalau tak keluar mengundi, ada kemungkinan’.

“Satu lagi masalah, pengundi Umno ini umumnya tiada masalah dengan PAS tetapi ada masalah dengan Bersatu,” katanya.

PN meletakkan sasaran menang sekurang-kurangnya sembilan daripada 15 kerusi dewan undangan negeri untuk membentuk sebuah kerajaan yang kukuh di Perlis.

Kemenangan yang selesa itu akan memudahkan PN menunaikan janji pilihan rayanya kepada rakyat, kata pengerusi PN Perlis Mohd Shukri Ramli, yang juga Yang di-Pertua PAS negeri.

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin sebelum ini berkata gabungan itu akan mencadangkan calon menteri besar dari PAS sekiranya berjaya menumbangkan BN di Perlis.

Ketua Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah menjelaskan PAS lebih lama bertapak di Perlis berbanding Bersatu dan parti Islam itu ada pengalaman luas untuk menguruskan hal ehwal negeri.

“Kita (Bersatu Perlis) anggap PAS sebagai ‘abang’ dan sedia memberi sokongan jika Menteri Besar Perlis nanti dilantik daripada wakil rakyat PAS,” katanya, seperti dipetik Bernama, baru-baru ini.

PAS bertanding sembilan kerusi negeri dan dua parlimen – Arau dan Padang Besar – sementara Bersatu meletakkan calon di enam kerusi negeri dan parlimen Kangar. – 7 November, 2022.

WOIT

SHAHIDAN BALL

LARI KE MANA?

KAH KAH KAH

SELUDUP MASUK

PARTI PELACUR

KAH KAH KAH

KALI INI

STRATIJI ZAHID

AKAN BAWA

GEROMBOLAN

 TERBARAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: