Isnin, 7 November 2022

ZAHID BUDAK BAIK



Tidak perlu burukkan lawan, kata Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan beliau mengelak daripada mengkritik Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim kerana mereka bekerjasama.

Penyandang ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata tidak perlu untuk beliau menyerang lawannya.

“Kenapa kita mesti kritik orang lain? Kita patut bercakap tentang parti kita; kita patut beritahu pengundi matlamat kita bila kita bentuk kerajaan baharu.

“Kita tidak boleh memilih untuk mengutuk atau memalukan orang lain walaupun orang itu pernah mengkhianati BN. Saya tidak mengkritik mereka.

“Ini adalah politik matang dan kita tidak mahu buruk-burukkan mana-nama calon,” katanya pada sidang akhbar dalam kempennya di Bagan Datuk hari ini.

Ketika ditanya sama ada beliau bekerjasama dengan Anwar, Zahid berkata:”Kenapa kita hanya perlu bekerjasama dengan beliau? Kita juga boleh bekerjasama dengan pemimpin politik yang lain.”

Beliau mengulas dakwaan dibuat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad iaitu Anwar dan Zahid berbincang untuk bekerjasama selepas pilihan raya umum.

Zahid berkata Dr Mahathir tahu partinya, Pejuang berada dalam keadaan teruk dan beliau hanya mengalih perhatian daripada perkara itu.

“Parti itu kalah pada Pilihan Raya Negeri Johor, hilang wang deposit. Beliau ditolak partinya sendiri dan ahli gabungan untuk terus memimpin negara selepas 22 bulan.

“Jadi sekarang beliau tidak ada kelebihan dan tidak boleh jual parti Pejuang dan gabungan baharu Gerakan Tanah Air. Rakyat bukan saja di Langkawi tetapi seluruh negara menolak beliau,” kata Zahid.

Berkenaan kemungkinan satu gabungan dengan pembangkang, Zahid berkata ia akan diputuskan selepas PRU15.

“Biar kita lalu PRU15 dulu. Selepas itu kita lihat apa kerusi yang kita dapat. Kita masih ada 11 hari lagi.

“Pendekatan kita ialah untuk mencipta kestabilan politik di negara ini,” katanya.

Rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 19 November. – 7 November, 2022.

WOIT

ZAHID INI

BUDAK BAIK

AMIN

TAK SERANG

PRIBADI

AMIN

INI SATU PERKARA

YANG AMAT BAIK

AMIN

PARTI POLITIK

SEBARKAN DASAR

BUKAN SEBAR

FITNAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: