Rabu, 16 November 2022

SPRM GELEDAH PEJABAT RAFIZI

 



SPRM sahkan ambil dokumen dari pejabat Rafiz


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil beberapa dokumen daripada pejabat Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli semalam.

Sumber agensi antirasuah itu berkata tindakan tersebut bagi membantu siasatan terhadap pengisytiharan aset Rafizi berhubung syarikat analisis datanya Invoke Solutions Sdn Bhd.

Sumber itu menafikan SPRM menyerbu pejabat syarikat itu, seperti yang didakwa Rafizi malam tadi.

“Bukan serbuan. Kami hanya ambil dokumen susulan laporan yang dibuat oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kami akan menyiasat setiap laporan yang dibuat,” kata sumber SPRM. 

Ketika berucap pada ceramah Ceramah Mega Ayuh Malaysia, Kita Boleh di Wangsa Maju malam tadi Rafizi mendedahkan SPRM menyerbu pejabat Invoke, dan kakitangannya disoal siasat selama tujuh jam.

Katanya, serbuan berkenaan tamat sekitar jam 9 malam. 

Beliau membidas SPRM kerana menjadi alat politik kerana segera menyiasat dirinya, tetapi  tidak mengambil tindakan  terhadap dakwaan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion yang didedahkannya sebelum ini.

“Kenapa tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kes rasuah yang didedahkannya termasuk dakwaan salah laku yang melibatkan skandal kapal tempur pesisir (LCS)?

“Mana maruah awak SPRM? Rakyat membangkitkan LCS, isu berkaitan keselamatan negara dan infrastruktur tebatan banjir, yang mana bukti telah disediakan – namun siapa yang mereka putuskan untuk mengejar? Budak kecil,” katanya.

Baru-baru ini, NGO Pertubuhan Jalinan Perpaduan Malaysia membuat laporan kepada SPRM terhadap Rafizi berhubung pengisytiharan asetnya sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pergerakan itu mempersoalkan sumber dana RM16 juta untuk Invoke, seperti yang dinyatakan dalam pengisytiharan aset Rafizi.

Rafizi juga berdepan tindakan undang-undang daripada Menteri Alam Sekitar dan Air  yang juga Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tindakan saman itu berhubung kenyataan Rafizi mendakwa menteri itu telah memberi kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion selepas pembubaran Parlimen. 

Dalam ceramah malam tadi, Rafizi juga berkata beliau akan mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai kelulusan projek tersebut hari ini.

“Tuan Ibrahim fikir saya hanya ada satu dokumen untuk didedahkan, jadi dia panik dan mengancam untuk menyaman saya.

“Biasanya, apabila saya dedahkan sesuatu, saya boleh heret selama berbulan-bulan. Esok (hari ini) jam 11.30 pagi, saya akan menyampaikan tamparan maut kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya akan tunjukkan memang ada projek yang diluluskan selepas Parlimen dibubarkan. Saya mahu lihat bagaimana PN bertindak balas,” katanya.

Beliau mendakwa Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor menerusi surat bertarikh 7 Oktober 2022, sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.

Susulan dakwaan itu, Tuan Ibrahim menjelaskan surat yang ditunjukkan Rafizi bukan dikeluarkan beliau atau kementeriannya, selain tarikh surat dikeluarkan sebelum Parlimen dibubarkan.  – 16 November, 2022. 

WOIT

INI SUDAH BERAT

KAH  KAH KAH

BELUM APA APA

SPRM UDAH MASUK

KAH KAH KAH

INI BELUM JADI YB

BELUM 

JADI MENTERI

KAH KAH KAH

SPRM NI

AMAT AKTIF

KAH KAH KAH

SIASAT PEMBOCOR

BUKAN SIASAT

PENJENAYAH

KAH KAH KAH

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rapuzi galak canang ph boleh dapat 100 kerusi .. adakah ini adalah kempen awal "ph menang pru k3cuali ditipu" kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

apa yg berat bro..sprm ni guna akaun adik ke?jgn la nak suruh rafizi bertanding jawatan presiden, tian chua pun belum tentu nak tanding jawatan presiden..lepas lu rasmikan kerusi rakyat, tetiba tian chua buat SD sokong anwar jadi PM..apa punya turr..ckp anwar nepo,ckp anwar politikus, ckp anwar itu ini, last2 sokong anwar jd PM..memang dah dijangka sprm akan serbu invoke.even rafizi pun dah sedar sejak dulu lagi..berapa kali diserbu pun, akhirnya sharizat lembu kondo, najib anak razak, latif lcs berbini dua sudah kecut perut.BN PN PAS tewas, maka azam baki pun sudah takut, pegawai2 kerajaan yg korup dah siap hapus dokumen..

Tanpa Nama berkata...

Siasat Pelapor Ringgit Masok..

Tanpa Nama berkata...

biasalah tu tugas anjing2 belaan orang politik tapi gaji dibayar rakyat jenuh depa kena cuci dosa ... kah..kah...kah