Rabu, 16 November 2022

ZAHID NAK SINGKIR MAIL BERA ?



Perdana Menteri kecewa tiga Menteri Kabinet tersingkir


KUALA SELANGOR –  Ismail Sabri Yaakob kecewa apabila beberapa Menteri di dalam Kabinetnya disingkirkan daripada senarai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, keputusan parti yang menyingkirkan nama-nama besar itu yang berpotensi mempertahankan kubu kuat UMNO hanya akan memberi kesan kepada keputusan pada 19 November ini.


“Saya sendiri memang rasa kecewa bila rakan-rakan saya terutamanya Menteri saya dalam Kabinet tidak dapat bertanding.

“Jadi ia boleh menjejaskan keputusan PRU15 nanti,” katanya pada sidang media di Puncak Alam Driving Range, Bandar Puncak Alam, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, mereka yang disingkirkan itu bagaimanapun tidak mengambil bertindak bertentangan dengan parti dan kembali memenangkan BN.

“Bagaimanapun kami berjiwa besar dan meletakkan kepentingan parti daripada kepentingan diri sendiri.

“Memang betul pada awal mereka kecewa tetapi akhirnya mereka kembali perjuangan untuk memenangkan BN,” jelasnya.

Ismail yang juga Naib Presiden UMNO menyifatkan tiga tokoh yang gagal bertanding semula itu merupakan calon boleh menang di kawasan masing-masing.

“Saya percaya calon boleh memang, saya percaya  Noh Omar, nama besar ini bila bertanding di Tanjong Karang pasti menang.

“Dari segi ramalan, kawasan dia adalah putih, memang boleh menang,  Annuar Musa calon boleh menang di Ketereh.

“ Salleh di Jempol dan beberapa nama lagi yang besar yang tidak dicalonkan memang boleh menang,” katanya lagi.

Pada 3 November lalu, Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir mengesahkan Noh Omar dan  Mohd Salim Mohd Sharif tidak dicalonkan semula bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.

Selain itu, BN juga menamakan dua calon langsung daripada Pas dan bekas pemimpin Pas, masing-masing  Che Abdullah Mat Nawi di kerusi Parlimen Tumpat dan Khairuddin Al-Ketati di Parlimen Kuala Nerus. – 

WOIT

MAIL BERA

NASIB BAIK

KALAU TIDAK 

MAIL BERA PUN

KENA TENDANG

AMIN

ZAHID NAK BUAT

PEMBERSIHAN

KAH KAH KAH

INI BUKTI ZAHID

MAHU JADIKAN

MAIL BERA

POSTER KOYAK

KAH KAH KAH

SEKARANG BARU

MAIL BERA

BERANI BERSUARA

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lepas pilihanraya pun tak habis habis gaduh siapa nak jadi PM lagak ini, yang penting jawatan PM, yang utama kuasa PM kah kah kah mampooos lah sekelian rakyat jelata kah kah

Tanpa Nama berkata...

bukan wak jawa je nak singkirkan mail bera, malah KJ menantu pak lah pun singkirkan wak jawa dan mail bera dlm projek pecah tanah di suatu hospital..pengikut2 umno hanya oportunist demi kontrak besar ,kontrak ali baba, kontrak sub sub suwey..bangsa melayu umno tidak boleh bersatu kerana bangsa tapi mrk bersatu atas dasar duit..masuk PH, lu mmg takkan dpt projek besar2..maka itu rafizi wajib dibenci.bila musuh sedang lemah, maka wajib la rafizi terus memijak, menekan dan simen dlm lubang taik..ibarat KJ jatuh nnt, maka ramai bangla akan kencing atas kepala KJ...