Khamis, 1 Disember 2022

KES ROSMAH TAAHUN DEPAN



Bicara kes ubah wang haram, elak cukai Rosmah bermula 12 Mei depan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan selama 15 hari bermula 12 Mei tahun depan untuk perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi Rosmah Mansor.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika pengurusan kes hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn dan peguam Geethan Ram Vincent, yang mewakili Rosmah.

“Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 12 Mei; 28 dan 30 Jun; 6, 7, 27, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September 2023,” kata hakim itu yang turut menetapkan 20 Februari depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini berkata tarikh perbicaraan itu bergantung kepada rayuan Rosmah di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 Disember ini.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu merayu terhadap dua keputusan Mohamed Zaini pada 14 Disember 2021 dan 25 April lepas yang menolak permohonan Rosmah bagi hakim itu menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Terdahulu, Poh memaklumkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.

Pada 29 November lepas, Hakim Mohamed Zaini mengingatkan pihak pembelaan untuk memberi keutamaan dalam kes itu memandangkan ia belum dibicarakan walaupun selepas empat tahun Rosmah didakwa pada 4 Oktober 2018.

Rosmah, 70, berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Pada 1 September lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu. – Bernama, 1 Disember, 2022.          

LEPAS RAYA

TAHUN DEPAN

AMIN

KES SAPA DULU

KES ZAHID

ATAU

KES BIK MAMA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes beberapa ekor ini menyusahkan banyak pihak, hampeh hampeh hampeh kalut kalut buang masa, sampai masa jatuh hukum tangguh sakit penat kah kah kah