Khamis, 1 Disember 2022

TUMPULKAN KUASA ZALIM


Hapus kuasa PM berhubung lantikan hakim, kata kumpulan peguam

LAWYERS for Liberty (LFL) hari ini menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminda Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan bagi menghapuskan kuasanya menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Kumpulan itu, dalam satu kenyataan berkata Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 juga perlu dipinda pada persidangan pertama Parlimen 19 Disember ini.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata walaupun kumpulan itu mengalu-alukan cadangan Majlis Raja-Raja semalam untuk menghapuskan kuasa perdana menteri bagi melantik lima wakil kepada sembilan anggota JAC, dengan hanya mengambil kuasa itu sahaja tidak akan memastikan kebebasan kehakiman dan pemisahan sebenar kuasa.

“Sistem semasa yang mana perdana menteri melantik sebahagian besar ahli JAC memberinya pengaruh yang besar terhadap JAC.

“Bagaimanapun, hanya mengambil kuasa perdana menteri untuk melantik ahli JAC tidak akan memastikan kebebasan kehakiman dan pengasingan kuasa yang sebenar.

“Di bawah Perkara 122B perlembagaan, perdana menteri masih mempunyai kuasa muktamad untuk menasihati Agong mengenai siapa yang hendak dilantik ke Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

“Secara ringkasnya, perdana menteri tidak perlu menerima cadangan JAC,” kata Zaid.

Beliau berkata “pengaruh besar eksekutif ini” ke atas badan kehakiman mesti dihapuskan sepenuhnya untuk memastikan kebebasan dan integriti kehakiman.

Tambah Zaid, oleh itu tidak ada sebab untuk seorang perdana menteri “reformis” untuk menangguhkan langkah-langkah penting ini.

Beliau berkata kerajaan campuran baharu Anwar mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen yang diperlukan untuk meminda perlembagaan bagi menghapuskan sepenuhnya peranan perdana menteri dalam melantik hakim dan membenarkan JAC menasihati Agong secara langsung.

“Perdana menteri baharu Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan telah lama berjanji untuk menegakkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang, dan memulakan reformasi meluas jika mereka menawan kuasa persekutuan.

“Sekarang adalah masa untuk bertindak.” – 1 Disember, 2022.

TUMPULKAN

KUASA YG

BERPOTENSI

BAWA 

KEZALIMAN

AMIN

PUNCA KUASA

BAWA SALAH

KUASA

KHALAS

Tiada ulasan: