Selasa, 6 Disember 2022

PMX TUDUH PARTI PAK LEBAI DAPT DANA DARI SYARIKAT JUDI ?


PAS, Bersatu minta Anwar buktikan syarikat judi biaya kempen PRU15 Perikatan


PAS mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim membuktikan dakwaannya yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) diperolehi daripada syarikat perjudian.

Sementara itu, Bersatu pula melalui sayap pemudanya turut membuat gesaan sama dan menyifatkan kenyataan perdana menteri semalam bermotifkan politik.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata dakwaan perdana menteri itu berunsur fitnah dan amat dikesali.

“Tuduhan tersebut langsung tidak berasas dan PAS menuntut perdana menteri PH memberikan bukti yang nyata terhadap tuduhan liar tersebut jika ada.


“Sekiranya gagal PN akan meneliti suatu tindakan perundangan terhadap pihak yang memfitnah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir turut kesal dengan kenyataan perdana menteri yang dianggap “bermain sentimen politik”.

“Lebih baik PM-X (PM ke-10) kemukakan bukti hitam putih; dah macam bukan kerajaan pula sifatnya,” katanya.

“Syabas atas inisiatif menurunkan cabutan judi ini, namun para penyokong PH jangan menangguk di air keruh dengan perbuatan jelek sebuah kerajaan yang tanpa hitam putih membuat pertuduhan hanya semata sentimen politik,” tambahnya.

Pada sidang media di Putrajaya semalam, Anwar menyebut mengenai dana pilihan raya daripada syarikat perjudian semasa mengumumkan keputusan mesyuarat jemaah menteri mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan.

Beliau menyebut dana syarikat perjudian membiayai “parti Melayu dan Islam” semasa Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.

Kenyataannya dipercayai merujuk PN, gabungan politik yang disertai PAS bersama Bersatu dan Gerakan di Semenanjung Malaysia, serta dua parti di Sabah iaitu SAPP dan Star.

Semalam, Anwar mengumumkan keputusannya selaku menteri kewangan mengurangkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali saja setahun.

Pada September 2021, Tengku Zafrul Aziz selaku menteri kewangan pada masa itu mengesahkan pihaknya meluluskan kekerapan cabutan khas nombor ramalan 22 kali.

Kekerapan 22 kali setahun sebelum itu diberikan kerajaan Barisan Nasional, sebelum diturunkan kepada 11 kali setahun oleh kerajaan PH pada 2019 dan kemudian hanya lapan kali setahun pada 2020.

Ia dinaikkan semula selepas PN mengambil alih kerajaan. Keputusan itu dikritik banyak pihak kerana kerajaan turut disertai PAS, yang selama ini lantang mengkritik kegiatan judi yang dibenarkan oleh kerajaan.

Pemimpin PAS bagaimanapun berkata ia bukan keputusan parti Islam itu kerana ia tidak mempunyai kuasa penuh dalam kerajaan. – 6 Disember, 2022.

BERAT AMAT

BERAT

AMIN

PARTI ISLE

TERIMA PITIS

DARI TOWKAY

JUDI

KAH KAH KAH

INILAH CONTOH

ISLE KITO

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: