Selasa, 23 Ogos 2022

NAJIB NAK BUANG TENGKU MAIMON PULAAAAK


Peguam Najib mohon Tengku Maimun tarik diri


Peguam utama pasukan pembelaan, Hisham Teh Poh Teik pada Jumaat lepas memaklumkan kepada mahkamah beliau tidak akan membuat sebarang hujahan sama ada secara bertulis atau lisan bagi membela Najib.

Jumaat lalu juga Najib menggugurkan pasukan peguamnya daripada Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners. Hanya Hisyam dan dua pembantunya kekal dalam pasukan pembelaan Najib.

Panel hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat bagaimanapun berkata prosiding akan diteruskan hari ini.

The Malaysian Insight melaporkan secara langsung keputusan rayuan akhir Najib.

9.51 pagi: Tengku Maimun bertanya kepada peguam utama Najib, Hisham Teh Poh Teik sama ada beliau akan mengemukakan hujah.

Hisyam menjawab tidak.

Hisyam memaklumkan anak guamnya sudah memfailkan permohonan untuk menggugurkan Tengku Maimun daripada mendengar rayuan akhirnya. Katanya, permohonan itu membangkitkan persoalan undang-undang.

Hisyam juga memberitahu mahkamah pihaknya ingin membalas hujah pihak pendakwa bahawa mahkamah boleh membuat keputusan tanpa mendengar hujah pembelaan.

Bagaimanapun beliau menegaskan mahkamah perlu terlebih dahulu memutuskan permohonan Najib supaya Tengku Maimun menarik diri.

Katanya, permohonan Najib itu sudah diserahkan kepada pihak pembelaan.

9.44 pagi: Mahkamah mula bersidang

9.42 pagi: Anak Najib, Mohd Nizar dan Nooryana Najwa duduk di belakang ayah mereka di kamar mahkamah.

9.39 pagi: Seorang ahli perniagaan yang hanya ingin dikenali sebagai Datuk Michael menyifatkan Najib sebagai perdana menteri terbaik yang banyak berjasa kepada rakyat tanpa mengira kaum.

“Beliau banyak berjasa kepada orang Cina. Pendidikan dan ekonomi negara semasa beliau jadi perdana menteri diurus dengan cemerlang,” katanya.

Michael berpendapat Najib tidak dibicarakan dengan adil.

“Kami mahu keadilan buat najib dan kami mendoakan beliau.”

9.20 pagi: Najib tiba.


TAKTIK BARU

NAJIB

KAH KAH KAH

BUANG HAKIM

BUANG KETUA

HAKIM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: