Selasa, 23 Ogos 2022

TAKTIK HERO TAMIL GAGAL LAGI


Permohonan Shafee tangguh bicara ditolak


11.15 pagi: Hisyam memberitahu mahkamah bekas peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah akan menyertai semula pasukan pembelaan untuk membantunya.

Hisyam memohon agar prosiding ditangguhkan untuk seketika sementara menunggu Shafee tiba.

Tengku Maimun bagaimanapun mengarahkan Hisyam memulakan penghujahan lisan.

11.40 pagi: Shafee mohon agar perbicaraan ditangguhkan kepada pagi esok untuk membolehkan beliau membuat persediaan mencukupi bagi mengemukakan hujah lisan.

Tengku Maimun bertanya kepada Sithambaram jika pendakwaan ada bantahan.

Sithambaram berkata pasukan pembelaan sengaja mahu melengahkan perbicaraan.

“Pendakwaan melihat permohonan yang difailkan tertuduh (Najib) adalah cubaan untuk membatalkan rayuan.

“Cara pihak tertuduh mengendalikan kes berniat jahat. Saya membantah penangguhan prosiding,” katanya.

11.47 pagi: Shafee sekali berkata beliau memerlukan masa untuk membantu peguam Najib membuat penghujahan lisan bagi permohonan mengetepikan Tengku Maimun.

“Saya ada urusan penting di Parlimen hari ini, sebab itu saya tidak boleh teruskan (hari ini).

Tengku Maimun tolak permohonan Shafee.

Shafee berkata beliau akan hadir di mahkamah esok pagi.

Tengku Maimun beritahu Shafee mahkamah tidak akan bersidang esok kalau keputusan dimuktamadkan hari ini.

MASIH ADA

NIAT JAHAT

NAK LENGAHKAN

PERJALANAN

MAHKAMAH

AMIN

TAHNIAH 

YANG ARIFF

TEGAS DAN JUJUR

AMIN

 KHALAS

Tiada ulasan: