Selasa, 23 Ogos 2022

MINTA TANGGUH LAGI

 



Najib minta tangguh rayuan 2 bulan

3.58 petang: Najib rayu Mahkamah Persekutuan benarkan penangguhan dua bulan agar peguamnya bersedia membelanya.

Katanya, jika diberi masa dua bulan beliau boleh mengumpulkan satu pasukan untuk mendapatkan perwakilan yang mencukupi dalam perbicaraannya.

Najib berkata beliau kini tidak diwakili mana-mana peguam.

“Hakikatnya saya tidak diwakili (peguam). Tidak pernah ada satu pun dalam sejarah Malaysia (di mana peguam) tidak dibenarkan tarik diri.

“Izinkan saya menjalani hari saya di mahkamah untuk membentangkan hujah penuh kes saya. Hidup dan kebebasan saya bergantung kepadanya.”

3.32 petang: Mahkamah menolak permohonan Najib agar Tengku Maimun tarik diri.

Ketua Hakim Negara berkata beliau akan menyampaikan keputusan rayuan itu.

Najib kemudian meminta untuk menghadap mahkamah, yang kemudian dipersetujui oleh Tengku Maimun.

3.24 petang: Mahkamah Persekutuan kembali bersidang selepas Najib kembali ke kandang tertuduh.

Najib Razak sempat berjumpa sekejap para penyokongnya di luar mahkamah, memberitahu mereka berserah dan terima apa sahaja keputusan Mahkamah Persekutuan yang kemudian disambut dengan tangisan orang ramai. 

Tiada ulasan: