Isnin, 13 Februari 2023

NURUL TERUS DI TIBAI


Putrajaya masih perlu jelaskan pelantikan Nurul Izzah, kata CIJ


PUTRAJAYA masih perlu menjelaskan pelantikan Nurul Izzah Anwar ke dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan kerana menterinya tetap juga bapanya sendiri iaitu Anwar Ibrahim, kata sebuah badan kebebasan media.

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berkata biarpun keputusan Nurul Izzah melepaskan jawatan sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri perlu disambut baik, amalan nepotisme tetap juga perlu diberikan perhatian.

“Masih perlu ada gesaan untuk semak imbang yang jelas ke atas peranan beliau dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat dalam semangat tadbir urus yang baik memandangkan ia masih melibatkan portfolio yang dipegang oleh bapanya selaku menteri kewangan,” kata badan itu dalam satu kenyataan ringkas.

CIJ berpendapat kerajaan perlu peka kepada reaksi umum terhadap setiap keputusannya sementara rakyat pula perlu terus menyuarakan pendapat dengan berani sebagai “nurani negara” demi memastikan akauntabiliti terjaga.


CIJ menggariskan sekurang-kurangnya empat perkara yang perlu kerajaan jelaskan kepada rakyat dalam semangat hak kepada kebebasan maklumat, yang juga menjadi antara janji reformasinya semasa pilihan raya umum yang lepas.

“Dalam semangat hak kepada kebebasan maklumat, rakyat berhak diberitahu apakah terma rujukan yang diberikan dalam lantikan terbabit; perincian tentang bayaran, jika ada; apakah merit lantikan tersebut, berbanding individu lain yang berkelayakan; dan adakah mekanisme mencegah salah guna kuasa?” kata CIJ.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri  kerana menerima pelawaan Mohd Hassan Marican untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.

“Mohd Hassan mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hassan dalam satu kenyataan berasingan juga memaklumkan Nurul Izzah dijemput untuk mengetuai secara bersama sekretariat untuk menyokong operasi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.

Sekretariat berkenaan berpejabat di Menara Berkembar Petronas.

Hassan mengetuai jawatankuasa penasihat lima anggota yang turut disertai Pengerusi Sarawak Energy Bhd, Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd, Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ulung Ekonomi Universiti Malaya, Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng.

Dalam satu wawancara hujung bulan lepas, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri, berkuat kuasa 3 Januari 2023.

Pelantikan yang tidak diumumkan secara rasmi itu dikritik oleh banyak pihak termasuk pembangkang dan pertubuhan masyarakat yang menyifatkannya sebagai nepotisme – amalan yang sebelumnya kuat ditentang oleh Anwar dan Pakatan Harapan (PH).

Anwar kemudian menjelaskan anaknya layak dan tidak menerima sebarang bayaran untuk jawatan itu. Beberapa pemimpin PH juga menyokong pelantikan itu. – Bernama, 13 Februari, 2023.
 

WOIT

MASIH RAMAI

TAK PUAS HATI

KAH KAH KAH

NEPOTISMA

LANTIK ANAK BINI

KAH KAH KAH

LANTIK KRONI

BAGI KON TREK

AMIN

LAWAN TETAP

LAWAN

TIBAI TETAP

TIBAI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Soalan soalan dikeluarkan dari siapa? Dari individu atau NGO? Apa peranan mereka sebenarnya? Adakah demi agama bangsa negara atau kerana individu tertentu gunakan mereka ? Saja tanya lah mana lah tahu, sebab sifat orang kita begitu, buat baik baik banyak soalan, buat jahat senyap senyap kah kah kah, dulu masa curi billion semua senyap, tak berani tanya, kerana apa? Kalau tanya susah masuk susah dapat begitu kah kah kah syukur alhamdulillah