Isnin, 13 Februari 2023

PUNCA DANA BERSATU DISIASAT



Penderma politik Bersatu akan disiasat SPRM, kata laporan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia untuk memanggil penderma politik Bersatu sebagai langkah seterusnya siasatan berhubung sumber dana politik parti itu, lapor The Star Online.

Akhbar itu berkata penderma ini akan diminta menjelaskan sumbangan mereka kepada parti, sama ada mereka dijanjikan sebarang projek kerajaan sebagai balasan kepada sumbangan mereka.

“Selain pegawai Bersatu, penyiasat juga memanggil penyumbang politik.

“Penyiasat ingin mengetahui sama ada sumbangan mereka adalah berdasarkan projek atau kontrak yang diberikan kepada mereka atau jika mereka diberi jaminan mengenai projek masa depan,” menurut sumber yang dipetik sebagai berkata.

Tidak jelas berapa ramai penyumbang politik Bersatu telah dipanggil untuk dirakam kenyataan mereka.

SPRM baru-baru ini mengesahkan membekukan akaun bank Bersatu sebagai sebahagian daripada siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Mereka sedang menyiasat sama ada parti itu menerima wang daripada kontraktor yang mendapat manfaat daripada kontrak kerajaan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin yang juga presiden Bersatu. – 13 Februari, 2023.

WOIT

LE SEDEKAH

LU KENA TANGKAP

KAH KAH KAH

MACAM INI

SUSAH NAK

DAPAT PROJEK....

OPPS .. SILAP

SUSAH NAK 

DAPAT BIDADARI

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin penderma politik ikhlas bagi sedekah kpd Bersatu tanpa dijanjikan sebarang balasan projek sebagai imbuhan krn menghargai kepimpinan mahiaddin mcm putera Arab bg kat bossku dulu?