Khamis, 16 Februari 2023

RAMASAMY NAK SAMAN AUTA


Ramasamy mahu saman portal berita

TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua portal berita yang didakwa memutar belit kenyataannya berkenaan komposisi kaum dalam perkhidmatan awam.

Walaupun menghormati prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan media namun media juga harus bertanggungjawab dalam laporan mereka, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Saya telah mengkaji beberapa laporan media dan mendapati dua daripada portal berita tempatan telah melaporkan berita dengan memutarbelitkan kenyataan saya. 

“Kedua-dua portal tersebut telah melaporkan bahawa saya minta ‘dominasi orang Melayu dalam perkhidmatan awam dipecah’. Selepas laporan berita-berita tersebut disiarkan, saya telah diserang oleh beberapa individu politik. 

“Memutarbelitkan kenyataan saya untuk memberikan nada perkauman adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” kata Ramasamy, menambah beliau sudahpun mengarahkan peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap dua portal itu.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan portal terbabit. 

Dalam satu kenyataan di Facebook minggu lepas Ramasamy menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim melakukan reformasi sektor perkhidmatan supaya tidak dikuasai oleh hanya satu kaum iaitu Melayu.

Katanya, dasar monopoli kaum tertentu semasa era kepimpinan Dr Mahathir Mohamad perlu dipecahkan.

Ramasamy berkata selepas lebih 60 tahun merdeka perkhidmatan awam negara kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera Melayu dari Semenanjung dengan penyertaan kecil Bumiputera bukan Islam dan bukan Melayu, termasuk Cina dan India.

Dalam respon balasnya Anwar berkata, kerajaan tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya reformasi dilakukan untuk mengurangkan dominasi orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.

Kenyataan Ramasamy itu dibidas pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan komponen parti dalam kerajaan perpaduan.

Ia juga disanggah Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat, yang berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tidak pernah menetapkan sebarang kuota bagi pengambilan penjawat awam.

Adnan berkata pengambilan dan pelantikan kakitangan dalam perkhidmatan awam dibuat berasaskan merit serta kompetensi calon.

“SPA tidak pernah menetapkan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam perlu menepati sebarang kuota termasuk membabitkan agama, kaum, etnik atau negeri tertentu.

“Sebaliknya, kebanyakan yang menyertai perkhidmatan awam adalah bergantung kepada kehendak, minat dan kecenderungan individu berkenaan sendiri,” katanya dalam kenyataan minggu lepas. – 16 Februari 2023. 

WOIT

JANGAN BUAT

AUTA KEELING

AMIN

SUBUT NAMA

PORTAAL ITU

AMIN

NAK SAMAN

SAMAN JANGAN

BUAT AUTA

AMIN

BUAT GERTAK

KEEELING

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: