Khamis, 16 Februari 2023

PEJUANG YANG MALS BERJUANG


Wakil rakyat tuang, speaker umum kerusi Batang Kali kosong

KERUSI DUN Batang Kali kini kosong kerana penyandangnya Harumaini Omar sudah enam bulan gagal hadir ke persidangan tanpa sebab, menurut laporan yang memetik Speaker Ng Suee Lim.

Laporan Malaysiakini menyebut, Ng berkata wakil rakyat parti Pejuang itu tidak muncul ke persidangan selama lebih enam bulan sejak kehadiran terakhir pada 27 Julai tahun lalu.

Katanya, data dalam penyata rasmi dan buku kedatangan menunjukkan Harumaini tidak hadir lebih enam bulan kerana tempoh itu dikira bermula dari tarikh 28 Julai tahun lalu.

“Saya dengan ini mengisytiharkan kerusi Harumaini kosong berkuat kuasa mulai 28 Januari, 2023,” katanya seperti dipetik portal itu.

Ng menyebut, pengumuman itu dibuat mengikut Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Jelasnya, Harumaini tidak hadir sepanjang sesi persidangan seterusnya yang berlangsung antara 23 hingga 30 November, 1 hingga 1 Disember dan 5 hingga 6 Disember tahun lalu.

Rekod pejabat DUN Selangor dan pejabat speaker menunjukkan Harumaini tidak memohon kebenaran untuk tidak hadir sepanjang tempoh itu, katanya.

Prestasi wakil rakyat itu menjadi perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri Selangor yang perlu dilangsungkan sebelum September tahun ini.

Selain Harumaini, Pejuang diwakili seorang lagi wakil rakyat di Selangor melalui Mohd Shaid Rosli (Jeram).

Di Kedah, Pejuang diwakili presidennya Mukhriz Mahathir di kerusi Jitra sementara setiausaha agung parti Amiruddin Hamzah wakil rakyat Anak Bukit.

Semua kerusi di negeri berkenaan, termasuk di Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan perlu dipertandingkan dalam pilihan raya negeri tahun ini. – 16 Februari, 2023.

WOIT

PENJUANG NI

PARTI KOCIK

KAH KAH KAH

YB MALEH PULAK

APO  KONO

AMIN

MEMANG NAK

RANAP

KHALAS

Tiada ulasan: