Selasa, 28 Mac 2023

APA PANDANGAN SHAIDAN


RUU Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dibentang di Dewan Rakyat

RANG Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak dibentang untuk kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 antara lain menetapkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan melibatkan persembahan seksual kanak-kanak.

Antara kesalahan itu termasuk membuatkan atau menyebabkan kanak-kanak melakukan persembahan seksual; turut serta, sama ada sebagai peserta atau penonton dalam persembahan seksual; mengiklankan, mempromosikan atau memudahkan persembahan seksual; serta menerima apa-apa manfaat, termasuk kewangan daripada persembahan seksual tersebut.

Menurut rang undang-undang itu, ‘persembahan seksual’ bermaksud apa-apa perlakuan seksual secara terang-terangan yang dipersembahkan di hadapan seorang penonton atau lebih, termasuk yang dirakam atau dihantar keseluruhannya atau sebahagiannya, melalui apa-apa cara termasuk tetapi tidak terhad kepada cara elektronik, mekanikal, digital, optik atau magnetik, atau gabungan apa-apa cara.

Selain itu bagi perkara melibatkan pemerasan seksual kanak-kanak seperti mengugut melakukan aktiviti bersifat seksual, mengugut mereka untuk berkongsi apa-apa gambaran sama ada dalam bentuk visual, audio atau bertulis, individu berkenaan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun jika disabitkan.

Rang undang-undang itu turut menyatakan perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak yang mana jumlah wang ditetapkan oleh mahkamah berdasarkan kecederaan yang dialami mangsa.

Selain itu Azalina turut membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 yang bertujuan menambah baik perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur saksi kanak-kanak daripada 16 tahun kepada 18 tahun.

Ia bertujuan memasukkan peruntukan yang membolehkan mahkamah melarang apa-apa soalan tidak wajar kepada saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas seperti yang bersifat memperdayakan atau mengelirukan, menghina, menakut-nakutkan, mengaibkan, mengganggu, menggusarkan, menyinggung, menindas atau mengulang secara tidak perlu.

Menurut rang undang-undang itu, seseorang saksi kanak-kanak semasa pendengaran khas boleh memberikan keterangan dengan cara mengadakan suatu pengadang di antara kanak-kanak itu dengan tertuduh atau kanak-kanak yang dipertuduh atas mana-mana kesalahan atau dengan cara rangkaian secara langsung atau gabungan kedua-duanya.

Azalina memaklumkan bacaan kali kedua untuk Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 juga diadakan pada mesyuarat kali ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan hari ini,  Azalina memaklumkan pindaan kedua-dua akta itu adalah usaha pindaan fasa pertama berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, susulan sesi libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dengan pelbagai pemegang taruh.

Beliau berkata sesi libat urus itu bertujuan membincangkan hala tuju serta mendapatkan input dan maklum balas penyediaan dasar serta membincangkan parameter pindaan berkaitan dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

“Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang berkuat kuasa sejak 10 Julai 2017 didapati mempunyai beberapa jurang dan cabaran yang perlu dikaji dan disemak semula bagi memastikan pelaksanaan yang lebih lancar supaya tujuan akta tersebut dapat dicapai.

“Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) pula yang memperuntukkan perkara berhubung keterangan saksi kanak-kanak, berkuat kuasa sejak tahun 2007 dan tidak pernah dipinda selama 16 tahun, kini wajar dipinda sejajar dengan perkembangan semasa,” katanya.

Beliau berkata antara cadangan pindaan kedua-dua akta itu adalah penggantian terminologi pornografi kanak-kanak selaras amalan terbaik global semasa, istilah ‘pornografi kanak-kanak’ dicadang untuk digantikan dengan ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’ dalam Akta 792.

Azalina berkata cadangan pindaan fasa kedua berkenaan kewibawaan saksi kanak-kanak dan pemansuhan keperluan undang-undang mengenai keterangan sokongan bagi saksi kanak-kanak pula dijangka dilaksanakan pada sidang Parlimen akan datang selepas sesi libat urus diadakan khususnya dengan Majlis Peguam Malaysia.

“Diharapkan cadangan pindaan kepada Akta 792 dan Akta 676 ini mendapat sokongan padu semua Ahli Parlimen, Senator dan orang awam, serta kerjasama daripada pihak-pihak berkuasa supaya pindaan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sempurna dan efektif agar jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia terbanteras,” katanya. – Bernama, 27 Mac, 2023.

LANGKAH BAIK

WAJIB DISOKONG

AMIN

NAK TANYA

APA PANDANGAN

YB SHAHIDAN

KAH KAH KAH

NAK TANYA

APAKAH SHAHIDAN

AKAN DATANG

KE PARLIEMN

UNTUK  BAHAS

AMIN

SAJE TANYA

KERANA SHAHIDAN

PAKAR  SEX

BUDAK BUDAK

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: