Selasa, 28 Mac 2023

PENG ANAL KANG KONG MAT SINTOK


Mahkamah tolak rayuan penganalisis politik berhubung kes saman


MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff berhubung kes saman fitnah yang dikemukakan beliau terhadap bekas ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Peguam Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili Khalid ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Latifah Mohd Tahar menolak rayuan itu melalui prosiding yang dijalankan secara sidang video.

Beliau berkata mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen tahun lepas, bahawa kenyataan Khalid adalah komen berpatutan dan mengarahkan Kamarul Zaman membayar kos RM10,000 kepada Khalid.

Pada 29 April tahun lepas, Mahkaman Sesyen di Kuala Lumpur menolak saman Kamarul Zaman selepas mendapati Khalid berjaya membuktikan pembelaan komen berpatutan atau komen yang wajar.

Pada 28 Julai 2020, Kamarul Zaman memfailkan saman fitnah berhubung penulisan Khalid yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk ‘Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pegar Makan Padi’.

Penulisan itu dibuat Khalid pada 26 Mei 2017 dalam memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, ‘Becoming Hannah’ melalui rencana bertajuk ‘Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP’.– Bernama, 28 Mac, 2023.

WOIT 

SAPA 

KANG KONG

INI

KAH KAH KAH

APAKAH INI

KANG KONG

DARI SINTUK

KAH KAH KAH

YG JADI

PENASEHAT

MAIL BERA ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: