Selasa, 28 Mac 2023

CARA MEMBACA MEDIA MALAYSIA



SPRM nafi 2 pegawainya dalang isu rasuah libatkan syarikat korporat


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tohmahan yang dibuat sebuah blog dengan identiti palsu kononnya dua pegawai kanan suruhanjaya itu merupakan dalang dalam isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan syarikat korporat.

SPRM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua pegawai tersebut dipanggil untuk memberikan penjelasan sebelum mereka membuat laporan polis untuk menyangkal tohmahan itu.

“Sehubungan itu, SPRM yakin perkara tersebut merupakan tohmahan liar serta tidak bertanggungjawab yang sengaja dilemparkan kepada pegawai SPRM bagi menimbulkan persepsi negatif terhadap suruhanjaya ini.

Namun, sekiranya wujud bukti, pihak berkaitan harus tampil membuat aduan atau laporan kepada pihak penguat kuasa dan bukan membuat tohmahan menerusi media sosial yang berselindung di sebalik identiti palsu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menegaskan SPRM tidak akan membuka kertas siasatan sewenang-wenangnya tanpa bukti dan fakta kerana setiap siasatan yang dijalankan adalah mengikut prosedur operasi standard berlandaskan undang-undang yang diperuntukkan serta dipantau oleh lima badan pemantau bebas.

Menurut kenyataan itu mengikut prinsip pengasingan kuasa, Pejabat Peguam Negara berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bagi memastikan hanya kes yang mempunyai bukti dan fakta kukuh diberikan izin untuk pendakwaan mengikut budi bicaranya.

“Dalam pada itu, SPRM juga tidak akan tunduk kepada tekanan oleh mana-mana pihak untuk mengalihkan perhatian daripada kes rasuah dan penyelewengan yang sedang giat disiasat ketika ini dengan pelbagai tohmahan yang sengaja direka-reka,” katanya. – Bernama, 28 Mac, 2023.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

INGAT CARA

MEMBACA MEDIA

MALAYSIA

KHALAS

Tiada ulasan: