Ahad, 9 April 2023

BAZIR RAMADAN


Lebih 1,000 tan makanan dari bazar Ramadan di Selangor terbuang, lapor media

PENIAGA bazar Ramadan di Selangor membuang lebih 1,000 tan makanan yang tidak habis dijual sepanjang tempoh operasi mereka sejak 23 Mac lalu, lapor Sinar Harian.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Ramli Mohd Tahir dilapor berkata sisa makanan itu dikumpulkan daripada peniaga bazar Ramadan di tujuh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sepanjang tempoh bulan puasa ini.

Jumlah keseluruhan makanan terbuang yang dikumpulkan ialah 1,326.06 tan atau purata 73.76 tan sehari, katanya.

Tujuh PBT itu ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Dalam tempoh 10 hari sahaja, jumlah janaan sampah dari bazar Ramadan di Selangor secara kumulatif telah mencecah 727.6 tan.

“Bayangkan sampah yang dikumpul itu boleh digambarkan seluas tapak padang bola. Pada pandangan saya, jumlah janaan sampah ini sangat tinggi bagi tempoh 10 hari kita berpuasa.

“Jumlah ini hanya melibatkan tujuh PBT dan jika dicampurkan dengan lima PBT lagi, jumlahnya mungkin mencecah 100 tan sehari,” katanya, seperti dipetik portal berita itu.

KDEBWM hanya mengendalikan urusan sisa pepejal di tujuh PBT sementara lima kawasan – Hulu Selangor, Kuala Selangor, Ampang Jaya, Sabak Bernam dan Petaling Jaya – diuruskan oleh PBT masing-masing.

Sementara itu, Ramli berharap semua pihak bekerjasama mengawal janaan sampah daripada perniagaan bazar Ramadan.

Beliau bimbang keadaan ini jika berterusan akan memberi kesan jangka panjang kepada kelestarian alam.

“Jika tidak diuruskan dengan baik, longkang boleh tersumbat lalu menjadi punca banjir. 

“Pembaziran sisa makanan yang tidak dibendung berupaya memburukkan lagi situasi pemanasan global dunia dan fenomena perubahan iklim yang sedang berlaku sekarang ini,” katanya. – 9 April 2023. 

TERBUKTI

JELAS 

BAZAR RAMADAN

DAH JADI

BAZIR RAMADAN

KHALAS

KOSEP NILAI

PUASA DAH

JADI KARUT

AMIN

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu dulu lah masa nak berbuka lebihan makanan minuman disedekah oleh peniaga, sekarang ini susah begitu, entah kenapa, manusia dulu tak berkira sangat dulu, asal pulang modal Dan sedikit untung sudah, ITU budaya Melayu Isla dulu, sekarang lain kiblat utama ialah money duit kah kah kah masa berubah begitu cepat kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

jual makanan.. jangan jual taik.. mahal sikit xpe .. mesti semua berselera makan x membazir