Ahad, 9 April 2023

RAKYAT TAK MAHU NAJIB DI BEBASKAN


Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan


Petisyen kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Najib Razak baru sahaja didapati bersalah oleh mahkamah tertinggi negara tetapi ada pihak yang sudah mula memikirkan untuk memohon pengampunan kepada DYMM YDP Agong. Kita tak boleh biarkan ini berlaku. Tandatangan petisyen ini untuk diserahkan kepada YDP Agong.

Daulat Tuanku, 

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Patik-patik sekalian rakyat memohon limpah perkenan Tuanku agar tidak menggunakan kuasa Tuanku untuk mengurniakan keampunan kepada mantan Perdana Menteri Najib Abdul Razak kerana jenayah terhadap kepentingan rakyat Malaysia sekalian. 

Ampun Tuanku, sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, beliau telah disabitkan bersalah menyeleweng dana awam melalui SRC International dan telah diberikan proses pengadilan yang seadilnya. 

Sebagai rakyat, patik-patik sekalian berasa sengsara dengan kesan korupsi oleh mereka yang diberi mandat membangun negara ini tetapi sebaliknya memenuhkan tembolok sendiri dengan kekayaan negara. 

Walaupun mungkin Najib tidak malu dengan perbuatannya, patik-patik sekalian rakyat terpaksa hidup menahan malu kerana negara terpalit sebagai kes kleptokrasi terbesar di dunia. 

Rakyat sepenuh hati memohon limpah perkenan Tuanku untuk mempertimbangkan rayuan patik-patik sekalian agar sebarang permohonan ampun oleh Najib, yang telah memberi malu kepada negara ini. Sebagai negara, kita tidak boleh bertoleransi dengan korupsi walau siapapun pelakunya. Biarlah Najib menjalani hukuman 12 tahun penjara dan membayar denda RM210 juta untuk dijadikan amaran kepada semua pemimpin yang sangka mereka boleh dengan korup menyalahgunakan kuasa.

Ampun Tuanku, bimbinglah patik-patik sekalian agar dapat mengangkat semula kepala dan bangga sebagai rakyat Malaysia yang melawan rasuah dan salah guna kuasa.

Patik-patik sekalian menjunjung kasih.


SILA BUKA

DAN

TANDA TANGAN

DISINI :

https://chng.it/nfbC7NbS

Tiada ulasan: