Rabu, 26 April 2023

KERAJAAN BELUM STABIL - AKTA IBRAHIM. ALI BELUM DILULUS



Kerana kestabilan politik, ada negeri lengah laksana undang-undang anti lompat parti

BEBERAPA negeri mungkin melengahkan pelaksanaan undang-undang anti lompat parti kerana mereka tidak pasti dengan kestabilan politik di negara ini, kata pakar.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali berkata kestabilan politik antara alasan bagi negeri tertentu untuk tidak mempercepatkan proses pelaksanaan undang-undang anti lompat parti.

“Negeri yang masih belum meluluskan undang-undang itu mungkin rasa situasi politik belum stabil di negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata negeri yang berdepan situasi politik rumit juga sukar untuk memahami perkara itu.

“Negeri yang dalam keadaan politik rumit seperti Sabah, sukar untuk mereka buat keputusan,” katanya.

Katanya, undang-undang itu boleh dilaksanakan jika wujud kerajaan negeri yang kukuh di setiap negeri, membolehkan mereka mengikut jejak langkah kerajaan persekutuan.

Setakat ini, Pahang Johor, Melaka, Terengganu dan Sabah antara negeri yang belum mengguna pakai undang-undang anti lompat parti sejak ia dikuatkuasakan di peringkat persekutuan pada 5 Oktober, 2022, selepas diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pahang dijadualkan membentangkan rang undang-undang itu bulan depan. Baru-baru ini, Kedah meluluskan rang undang-undang pindaan perlembagaan negeri untuk melarang lompat parti.

Selain Kedah, Selangor, Penang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak sudah menggubal undang-undang untuk mencegah wakil rakyat melompat parti.

Proses birokrasi

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata ada asas perundangan untuk ia dibentangkan di sidang dewan undangan negeri.

“Namun, kelewatan biasanya kerana birokrasi,” katanya.

Merujuk kepada keadaan di Terengganu, beliau berkata kerajaan negeri sedang menunggu arahan daripada parti, bukan disebabkan pengundi.

“Apa yang saya tahu, Terengganu tidak membentangkan undang-undang anti lompat parti.

“Alasan yang diberikan ialah tidak ada keperluan berbuat demikian (dengan andaian wakil rakyat pada masa ini tidak akan lompat parti lain) dan tidak ada arahan daripada kepimpinan pusat PAS,” katanya.  

Tunku Mohar berpendapat kerajaan negeri itu tidak akan meminda undang-undang berkenaan dalam masa terdekat.

“Ia menunjukkan kerajaan negeri menunggu hala tuju daripada kepimpinan pusat parti, dan bukan sebenarnya suara rakyat,” katanya.

Undang-undang anti lompat parti digubal bagi mengelak satu lagi “Langkah Sheraton”, yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah hanya 22 bulan selepas gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bersejarah.

Insiden itu menyaksikan sekumpulan besar ahli Parlimen PH keluar parti dan menyertai Bersatu.

Langkah itu dipercayai didalangi bekas ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, yang pada masa itu adalah timbalan presiden PKR.

Susulan itu, perdana menteri pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan selepas mengumumkan beliau hilang sokongan majoriti.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kemudian mengambil alih jawatan itu daripada Dr Mahathir, dan kemudian menubuhkan kerajaan perikatan Nasional.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan 17 bulan selepas itu. – 26 April, 2023.

SAH KERAJAAN

BELUM STABIL

AMIN

PROJEK RUNTUH

KERJAAN SEDANG

BERJALAN

AMIN

AKTA IBRAHIM ALI

 AKAN HALANG

PROJEK JATUHKAN

KERAJAAN

AMIN

KERANA ITU BANYAK

NEGERI TAK MAHU

PAKAI AKTA

IBRAHIM ALI

KHALAS

Tiada ulasan: