Rabu, 26 April 2023

JANGAN LUPA CARA. MEMBACA BERITA


Fadillah enggan ulas berita ‘tidak boleh dipercayai’

TIMBALAN Perdana Menteri Fadillah Yusof enggan mengulas dakwaan Perikatan Nasional (PN) berhubung rancangan untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menyifatkan laporan portal terbabit berkenaan perkara itu “tidak boleh dipercayai”.

“Saya tidak akan komen tentang perkara yang tidak boleh dipercayai,” katanya kepada media pada sambutan rumah terbuka Hari Raya di Kuching hari ini.

“Siapa The Vibes? Saya tidak tahu portal itu siapa punya atau adakah ia boleh dipercayai.

“Saya hanya percaya pada media yang established,” katanya.

Memetik sumber, The Vibes melaporkan ada pihak dalam lingkungan politik yang dalam usaha menggulingkan perdana menteri.

Portal itu menamakan Presiden MCA Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng sebagai antara 10 ahli Parlimen yang berada dalam kumpulan merangka pelan menggulingkan kerajaan.

Wee menafikan beliau atau MCA terbabit dalam perkara itu dan tidak tahu menahu tentang rancangan berkenaan.

Menyifatkan laporan The Vibes sebagai tidak berasas, Wee turut mendesak portal itu menunjukkan bukti pembabitan beliau dan Jeck Seng.

Fadillah yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata beliau tidak pernah didatangi sesiapa pun berkaitan rancangan itu.

“Tiada yang datang kepada saya. Tiada sesiapa datang kepada kami (Gabungan Parti Sarawak).”

Beliau sekali lagi menekankan gabungan pemerintah empat parti Sarawak itu iaitu GPS, di mana PBB adalah penerajunya, berada teguh dengan matlamat mereka ketika menyertai kerajaan perpaduan diketuai Anwar dan Pakatan Harapan (PH).

Tiga parti komponen lain ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). – 25 April, 2023.


WOIT

JANGAN SESEKALI

LUPA CARA

MEMBACA BERITA

AMIN

JIKA DI NAFI

JIKA  TAK TAHU

PERKARA ITU

ERTINYA PERKARA

ITU ADA WUJUD

AMIN

NAFI ERTINYA

BENAR BERLAKU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Modal orang politik ini amat senang, pakai mulut pakai air liur, setiap hari ada saja benda nak cakap, tak payah peluh, tak payah usaha apa apa kah kah kah, setiap hari rakyat pulak kena kerja kena cari makan kena bayar sewa kena pakai minyak sangkut jem sangkut kiri kanan pun duit tak selalu cukup, alangkah baik kalau dapat jadi orang politik asyik bercakaran pun ada gaji ada elaun semua free belaka kah kah kah untung kaki ayam sundal