Isnin, 10 April 2023

RAYA IKUT PEMEGANG MOHOR BOTOL BESAR



Tarikh raya: Rujuk sumber rasmi sahaja, kata menteri

MENTERI Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengingatkan umat Islam di negara ini untuk merujuk sumber rasmi termasuk saluran televisyen tempatan berkait pengumuman tarikh 1 Syawal bagi sambutan Aidilfitri.

Beliau berharap masyarakat di negara ini tidak mudah percaya atau termakan dengan sebarang sebaran yang dibuat di media sosial mengenai tarikh itu.

“Pengumuman kita yang terpakai hanya yang diumum oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja…jangan kita ambil tarikh dari Indonesia atau Emiriah Arab Bersatu dalam TikTok atau WhatsApp…kita perlu rujuk saluran rasmi maklumat yang disampaikan itu.

“Yang penting, rujuk yang rasmi. Tak pasti, jangan kongsi. Itu peringatan saya kepada semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 di Stadium Malawati, malam ini.

Terdahulu Fahmi menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) kerana menganjurkan anugerah itu bagi mengiktiraf usahawan tempatan atas jasa yang disumbangkan kepada ekonomi negara.

“Insya-Allah, saya akan minta pihak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bekerjasama lebih erat dengan Sidec untuk pastikan kita ada sinergi kerana kita ingin pastikan Selangor mampu menjadi contoh kepada negeri lain juga kepada kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab bagi ekonomi digital,” katanya. – Bernama, 9 April, 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

DARI DULU

SAMPAI SEKARANG

TARIKH RAYA

JADI LAWAK

KAH KAH KAH

DULU PERAK

RAYA N9 BELUM

KAH KAH KAH

ZAMAN INTERNET

SAUDI RAYA

MALAYSIA BELUM

KAH KAH KAH

WOIT

TAKDA  SAPA

PERCAYA RTM

KAH KAH KAH

SEMUA PERCAYA

MEDIA SOSIAL

KAH  KAH KAH

TERIMA KASIH

RONALD REAGAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: