Rabu, 10 Mei 2023

NAJIB TERKINCIT ?


Perbicaraan 1MDB ditangguh, Najib cirit-birit

PERBICARAAN Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan sementara, dan akan disambung semula Khamis ini, selepas bekas perdana menteri itu dilaporkan mengalami masalah cirit-birit sehingga terpaksa dirujuk kepada pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak selaku Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni memberi penjelasan tentang keadaan kesihatan bekas perdana menteri itu dalam prosiding hari ini.

Dr Mohd Hafiz yang disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata beliau dimaklumkan oleh pembantu pegawai perubatan pada 7.15 pagi ini Najib mengadu tidak sihat dan mengalami cirit-birit.

“Ketika saya berjumpa Najib, beliau mengadu mengalami sakit perut, loya selain cirit-birit. Walaupun telah diberikan ubat, namun selepas 10 minit keadaan Datuk Seri (Najib) masih tidak berubah dan pemeriksaan lanjut mendapati beliau turut mengalami masalah kekurangan air serta sedikit demam dengan suhu 37.8 darjah celcius.

“Saya kemudian merujuk Datuk Seri kepada doktor pakar di HKL dan beliau dibawa ke sana pada pukul 9.30 pagi. Ketika itu, beliau kelihatan penat, lesu dan kekurangan air,” katanya.

Menurutnya doktor pakar di HKL kemudian memberikan cuti sakit kepada Najib selama dua hari, dan disahkan tidak cergas untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah serta tidak mampu berdiri atau duduk terlalu lama selain perlu diberikan rawatan drip.

Sementara itu menjawab soalan peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, Dr Mohd Hafiz berkata Najib yang didapati mengalami cirit-birit sejak semalam, dirujuk ke HKL bagi mendapat rawatan yang lebih baik.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. – Bernama, 9 Mei, 2023.

 

NAJIB BUKAN

TERKINCIT

AMIN

NAJIB MEMBURAN

BERTABUR

DALAM SELUAR

KAH KAH KAH

DULU MUHYIDIN

CIRIT BERET

KAH KAH KAH

SEKARANG

BERJANGKIT PADA

NAJIB

KAH KAH KAH

ATAU INI TANDA

RINDU PADA

BIK MAMA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: