Sabtu, 10 Jun 2023

AZAM BAKI JADI BAIK ?


SPRM tak boleh sekat khidmat perundangan, kata kumpulan peguam


KERAJAAN perlu menyiasat tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyekat khidmat peguam untuk saksi atau suspek yang dipanggil untuk soal siasat, kata Lawyers of Liberty hari ini.

Pengarahnya Zaid Malek dalam satu kenyataan berkata kerajaan diterajui Pakatan Harapan perlu melunaskan janjinya untuk membawa pembaharuan dengan meneliti semula tindakan SPRM.

“Kerajaan bertanggungjawab memastikan semua agensi penguatkuasa termasuk SPRM menghormati kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan,” katanya.

Kenyataan beliau dikeluarkan susulan kenyataan SPRM semalam yang agensi itu boleh dan akan menyekat orang awam daripada hak mereka untuk mendapatkan khidmat peguam sekiranya diperlukan.


Zaid berkata tindakan itu tidak sah dan tidak patut dilakukan oleh agensi penguatkuasa utama dalam sebuah negara demokratik.

“Kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani ketika dalam tahanan SPRM, dengan kedua-dua mereka dinafikan hak untuk mendapatkan peguam ketika soal siasat dijalankan adalah bukti jelas yang desakan kita yang hak mereka (saksi dan suspek) dinafikan tidak berniat jahat.

“Ia adalah kebimbangan awam yang sahih dan mereka (SPRM) memilih untuk mengabaikannya,” tambahnya lagi.

Katanya juga SPRM dengan sengaja memperdaya dan salah dalam memetik penghakiman Mahkamah Persekutuan untuk mempertahankan pendiriannya dalam tidak membenarkan peguam mewakili saksi atau suspek yang dipanggil untuk soal siasat.

“Sangat membimbangkan yang SPRM dalam kenyataan mereka tidak menyentuh tentang kebimbangan berkaitan layanan terpilih diberikan kepada tokoh awam penting berbanding (layanan) diberikan kepada rakyat biasa, ia juga tidak menyentuh tindakan melanggar undang-undang dibuat pegawainya yang menakut-nakutkan peguam dengan mengugut untuk merekod kenyataan mereka sekali.

“Seperti yang diakui mereka, selaku agensi penguatkuasa yang ditubuhkan undang-undang, mereka perlu memastikan mereka mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

“Dan kerana itu, tuduhan berat seperti yang kami bangkitkan perlu disiasat berbanding mengeluarkan kenyataan semata-mata untuk menafikan (perkara itu berlaku),” kata Zaid lagi. – 10 Jun, 2023.

APAKAH

SPRM DAH JADI

ALAT POLITIK ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KERANA DULU

NAK REHATKAN

AZAM BAKI

AMIN

TUP TUP 

SEKARANG 

AZAM BAKI

JADI BAIK

LAGI SETIA

TANGKAP SANA

TANGKAP SINI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: