Sabtu, 17 Jun 2023

DULU PAK LAH SEKARANG ANWAR


Keputusan ‘flip flop’ Anwar akan sebabkan pelabur lari, kata Hamzah


KEPUTUSAN ‘flip flop’ Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang akan menghilangkan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia, kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin.

Setiausaha Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata keadaan itu sudah tentu tidak baik untuk ekonomi negara.

“Kalau begitu cara perdana menteri saya nak maklumkan inilah yang sebabkan pelabur lari dari negara ini.

“Esok kata polisi nak bantu, esok kata insentif nak bantu tapi lusa kata tak cakap macam itu. Akhirnya apa akan jadi. Larilah pelabur yang ada dalam Malaysia,” katanya berucap pada majlis pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri PN Peringkat Marang, Terengganu malam tadi.

Katanya, pembangkang sering disalahkan dan dituduh cuba memburukkan kerajaan walhal jelas ia adalah kegagalan perdana menteri sendiri.

Hamzah juga mendakwa yang sehingga kini tiada hala tuju jelas dalam ekonomi negara yang dibawa Anwar demi manfaat rakyat.

Tambahnya, ini termasuk penyelesaian kepada masalah kos sara hidup dan harga barang yang semakin mahal hingga membebankan rakyat.

“Itu yang kita tanya. Kita tanya solusi bantu rakyat. Cari lah solusi untuk turun harga barang naikkan pendapatan rakyat. Sekarang ini kuasa membeli bukan lagi ditangan rakyat.

“Sekarang ini kita patut bantu mereka nak turun harga daging sebagai contoh bukan dengan naik lembu, kalau naik lembu 10 kali pun harga daging masih begitu,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya PN diberi peluang menjadi kerajaan semula, masalah rakyat terutama dalam isu meningkatkan ekonomi dan kos sara hidup akan diberi keutamaan.

“Kalau kita ambil alih Insyallah yang pertama rakyat akan dibantu. Kerana rakyat akan tentukan masa depan negara. Ini bukan hanya cakap semata- mata

“Bukan flip flop seperti yang dilakukan perdana menteri hari ini,” katanya.

Anwar menerima kecaman hebat kerana dianggap mengubah keputusan sesuka hati dalam isu subsidi ayam dan telur serta biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

Kecaman itu tercetus selepas tular kenyataan yang kerajaan akan menamatkan subsidi ayam dan telur pada 1 Julai ini.

Selain itu biasiswa JPA bagi bidang perubatan, pergigian dan farmasi juga tidak akan diteruskan.

Anwar dalam kenyataan susulan berkata pemberian subsidi akan diteruskan selepas membuat penelitian lanjut.

Beliau turut mempertahankan diri dengan berkata tidak kisah untuk mengambil keputusan ‘flip flop’ jika ia dapat meringankan beban rakyat. – 17 Jun, 2023.

DULU PAK LAH

FLIP FLOP

AMIN

PAK LAH

KLUK KLAK

KAH KAH KAH

SEKARANG ANWAR

FLIP FLOP

AMIN

YANG CANTIK

DIA SENDIRI 

MENGAKU 

MENTERI 

KLUK KLAK

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Rosli berkata...

Setuju dengan Hamzah ni. Kalau PengKhianat Nasional jadi kerajaan semua selesai. Kes anak pasal minyak masak, anak Wan Jan, AbahCow, dan diri sendiri dengan LHDN akan SRLESAI dengan cepat.