Jumaat, 16 Jun 2023

PENDINDING MASA DEPAN NEGARA


PM ucap tahniah 2 sekolah kebangsaan disenarai pendek terbaik dunia

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada dua buah sekolah Malaysia, yang disenarai pendek dalam kelompok 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia 2023 (World’s Best School Prizes 2023).

Dua sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Pulau Pinang, yang tersenarai dalam kategori Inovasi manakala SK Kanchong Darat, Selangor, tersenarai dalam kategori Gaya Hidup Sihat.

“Salut saya buat warga pendidik dan anak-anak atas pencapaian ini, semoga terus mengorak langkah mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Menurut laman sesawang World Best School Prizes yang dianjurkan T4 Education, platform yang berpangkalan di UK untuk pendidik dan sekolah, menawarkan lima hadiah bagi meraikan sekolah yang memberikan impak bersinigfikan kepada pelajar mereka, komuniti dan juga masyarakat.

Pemenang dari lima ketegori iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Gaya Hidup Sihat, akan menerima sebahagian daripada sumbangan bernilai AS$250,000 (kira-kira RM1.15 juta) untuk mengembangkan dan mempertingkatkan lagi projek pendidikan mereka.

Pengumuman tiga finalis terbaik untuk setiap kategori akan dibuat pada September manakala penyampaian hadiah dijadualkan Oktober.

Pada 2022 SK Kempadang, Pahang, tersenarai sebagai tiga sekolah terbaik dunia dalam kategori Inovasi, manakala SMK Kampong Jawa tersenarai 10 terbaik kategori Menangani Cabaran. – Bernama, 16 Jun, 2023.

MEREKA ADALAH

PENDIDING MASA

DEPAN NEGARA

AMIN

SYABAS

TAHNIAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PERCAYA LAH .!! SUMA TOKEY TOKEY JUDI ONLINE AKAN LEPAS BEBAS MACAM JHO LOW JUGAK...!!

KDN dah sahkan ada menteri terlibat Kartel Judi 9 Dragon... Bila nak dedah menteri terlibat..!?

https://mykmu.net/2023/06/16/menteri-kdn-wajib-dedahkan-ahli-politik-payung-tauke-judi/

Asal babi lepas , asal saja babi mesti lepas percaya lah ..!! Tunggu yeer..!!

Pelbagai pihak mendesak kerajaan mendedahkan nama ahli politik yang melindungi tauke judi dalam talian dan menjatuhkan hukuman berat ke atas mereka jika didapati bersalah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semasa sidang Dewan Rakyat pada Khamis mendedahkan terdapat ‘naungan politik’ yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini. Video link

https://youtu.be/5uWkFiV3jy8

Menurut Saifuddin, keadaan itu menjadi kekangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan untuk membanteras kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Othman berkata, hukuman keras wajar dikenakan termasuk penjara seumur hidup yang sekali gus akan menamatkan kerjaya politik individu terbabit.

Kerajaan tidak berkompromi dengan perbuatan jenayah dan salah guna kuasa golongan ‘kenamaan’ atau VIP.

PRN Jun 2023 adalah pemula masa untuk wujudkan beratus kapitalis Melayu' Modern, Taikun billionare Melayu' dan rangkaian kartel Kartel mafia Melayu Moden. Itu formula baru yang sebenarnya.

Saya ulangggg..!!

Menteri Melayu' ke dalam, Tokey Kartel Judi Bapak Ayam bebas...!! Percaya lah..!!

Asal babi lepas, asal babi lepas..!!!

Percaya lahhh..!!

PRN June 2023 ini lah masa terbaik orang orang Melayu' bangkit Dan lingkupkan saki Baki barua barua DAP@LeeKwanYew dari persada kuasa

Tanpa Nama berkata...

tahniah? beribu lagi sekolah bergerak tanpa biaya cukup