Rabu, 28 Jun 2023

UMNO KETEREH BUKAN MUSUH ALLAH


Doa musuh Allah bersifat umum, tak perlu lapor polis – Nik Saiful


KUALA LUMPUR – Tidak wajar membuat laporan polis ke atas bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung doanya yang berkaitan dengan isu ‘musuh Allah’.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Ketereh, Nik Saiful Adli Buhari berpandangan, doa yang dibaca ketika program Himpunan Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah, pada malam Sabtu lalu itu, bersifat umum.

“Doa Sheikh Zainul Asri ini bersifat general (umum), bukan ditujukan kepada mana-mana parti lawan pun.

“Baguslah berdoa, semoga bukan sahaja negeri Kedah, malah seluruh Malaysia dilindungi Allah daripada musuh-musuh Allah.

“Tambahan pula, beliau pun sudah mohon maaf jika doa itu menyebabkan salah faham antara kaum dan agama mahu pun parti politik,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Kelmarin, Syeikh Muhd Zainul Asri membuat permohonan maaf berhubung ucapannya berkaitan isu ‘musuh Allah’.

Dalam video berdurasi lebih tiga minit yang disiarkan di Facebooknya, penceramah bebas itu berkata, ucapannya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan sudah disalah tafsir.

Beliau sebaliknya berkata, apa yang dimaksudkan dalam ucapannya adalah menyentuh mengenai satu firman Allah.

“Saya memohon maaf yang tidak terhingga kepada muslimin muslimat dan rakyat Malaysia yang tersinggung, tersentuh terhadap ucapan yang berbangkit,” katanya.

Nik Saiful Adli yang juga seorang peguam berkata, musuh Allah bukan parti politik atau individu tertentu.

Katanya, jika Pas menggunakan agama untuk kepentingan diri dan kekayaan, menindas rakyat dan gagal menjalankan amanah, parti itu juga boleh menjadi musuh Allah.

“Begitu juga dengan parti-parti dan pemerintah lain. Tak perlulah report polis, desak buka kertas siasatan. Polis juga sibuk banyak kerja lain. Banyak lagi kes curi motor hisap dadah dan rogol tak sempat nak siasat,” katanya. –

WOIT

UMNO BAHAGIAN

KETEREH SAH

BUKAN 

MUSUH ALLAH

AMIN

UMNO BAHAGAIN

LAIN MACAM MANA

KAH  KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Abg long berkata...

Apa nak dikata. Nama pun politikus hah hah