Khamis, 13 Julai 2023

JENIN DAN PALESTIN



Abbas melawat Jenin, cuba redakan ketegangan


PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas melawat bandar Jenin di Tebing Barat pada Rabu.

Lawatan itu didadakan beberapa hari selepas tiga pegawai kanannya terpaksa meninggalkan upacara pengebumian susulan orang ramai yang berang dengan tindak balas mereka terhadap serangan Israel beberapa hari sebelumnya.

Kemarahan orang ramai di pengebumian pejuang yang terkorban dalam operasi Israel selama dua hari menyerlahkan ketidakpopularan mendalam Pihak Berkuasa Palestin dan perpecahan yang semakin meluas di kalangan puak Palestin.

Abbas yang berusia 87 tahun, melawat tanah perkuburan tempat pengebumian diadakan di pintu masuk ke kem pelarian Jenin.
Abbas berucap kepada orang ramai di pinggir kem di mana infrastruktur jalan raya rosak dan bangunan terbakar akibat operasi besar-besaran Israel di Tebing Barat.

Abbas menyatakan komitmen bahawa kem berkenaan akan dibina semula.

Selama lebih setahun, serbuan Israel di bandar seperti Jenin atau Nablus telah menjadi rutin.

Pihak Berkuasa Palestin menjalankan tadbir urus terhad ke atas bahagian Tebing Barat termasuk Jenin tetapi ia tidak berdaya untuk menghentikan serbuan Israel.

Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin, termasuk anggota unit pengawal presiden Abbas sendiri telah dikerahkan dalam jumlah besar di Jenin selepas ketegangan dengan puak lain meletus secara terbuka semasa pengebumian minggu lalu.

Hamas, gerakan Islam yang mengawal Gaza dan Jihad Islam yang disokong Iran telah lama bertentangan dengan Pihak Berkuasa Palestin.

PIHAK BERKUASA

PALESTIN 

KAKI BELOT

AMIN

ANAK MUDA

NAK ANGKAT

SENJATA P.B.P

BERI MAKLUMAT

PADA ZIONIS

AMIN

INI SAMA MACAM

PERANAN UMNO

ZAMAN BRITISH

AMIN

BUKAN LAWAN

BRITISH TAPI

LAWAN ORANG

YANG LAWAN

BRITISH

KHALAS

Tiada ulasan: