Selasa, 18 Julai 2023

AKTA BAGINDA QUEEN



Sanusi mengaku tak bersalah 2 tuduhan hasutan

MENTERI besar penjaga Kedah Muhammad Sanusi Md Noor mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan hasutan di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.

Bagi tuduhan pertama di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin, Sanusi dituduh membuat kenyataan hasutan ke atas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tuduhan itu berkait ucapannya mengenai pelantikan menteri besar Selangor dalam satu ucapan di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara di Gombak pada 11 Julai.

Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.

Sanusi yang diwakili peguam Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 4 Oktober bagi sebutan kes ini.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

Bagi tuduhan kedua, pengarah pilihan raya Perikatan Nasional itu dituduh membuat kenyataan hasutan berkait pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

Sanusi didakwa mengikut Section 4(1)(a) Akta Hasutan dan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Sanusi dalam ucapan pada 11 Julai itu antara lain menyebut Sultan Selangor memilih menteri besar yang “cokia”.

Ekoran itu, puluhan laporan polis dibuat ke atas penyandang kerusi DUN Jenteri itu, yang seterusnya memohon ampun dengan menulis surat kepada Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin bagaimanapun semalam menitahkan perkara itu belum selesai.

Sanusi seterusnya ditahan polis pada dinihari di Lembah Kelang.

Satu video yang dimuatkan setiausaha politiknya Helmi Khalid di Facebook menunjukkan Sanusi dikutip di sebuah hotel pada kira-kira jam 2.30 pagi. – 18 Julai 2023.

WOIT

INI AKTA

BAGINDA QUEEN

KAH KAH KAH

GUA KENA

9 BULAN 

PENJARA

AMIN

GUA RAYU

MAHKAMAH RAYUAN

GUA KENA

6 RIBU DENDA

KAH KAH KAH

GUA BUKAN YB

KALAU  YB AKAN

HILANG KERUSI

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

abuqassim berkata...

Lopeh ni giliran abahkau lak..

"Apakah justifikasi bagi kerajaan pimpinan Muhyiddin memberikan kontrak kepada Spanco yang dikatakan RM700 juta lebih tinggi?"

Tanpa Nama berkata...

KAH yah I am going to be late today kah kalau tak mahu kacau lagi kah kah kah kah kah kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Akta sebelum Merdeka masih boleh pakai, tak payah bising tak payah cakap banyak banyak, boleh pakai tapi mahu pakai atau tidak satu cerita lain hari kah kah kah sekarang kena jawab sebab mulut celupar macam selipar kah kah kah