Sabtu, 1 Julai 2023

KJ CALON PM


UMNO sukar dipulihkan daripada kegelapan – KJ

KUALA LUMPUR – Imej UMNO tidak boleh dipulihkan daripada zaman kegelapannya hari ini setelah bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keadaan itu tidak berupaya menarik minatnya sendiri untuk kembali kepada parti itu apatah lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)

“Saya tak tahu tentang itu (kembali UMNO kejar cita-cita jadi PM), saya fikir UMNO sekarang tempat yang sangat gelap buat masa ini.

“Saya tak pasti ia boleh dipulihkan daripada keadaan ini.

“Saya percaya bahawa UMNO telah terjerumus ke lembah kegelapan dan saya tak pasti jika boleh pulih selama-lama dari hari ini,” katanya kepada pemberita di UCSI University hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penganalisis politik tidak menolak kemungkinan Khairy Jamaluddin boleh mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri hanya dengan kekal bersama UMNO.

James Chin, penganalisis politik dan profesor pengajian Asia di Universiti Tasmania berkata, Khairy tidak pernah menafikan cita-citanya itu.

Sebaliknya James tidak menolak kemungkinan cita-cita Khairy akan lebur dan terjejas jika bekas Menteri Kesihatan itu menyertai Pas atau Bersatu.

Bagaimanapun peluang Khairy untuk mengejar impiannya cerah apabila kembali kepada UMNO dan kedudukan beliau lebih kukuh berbanding berada dalam Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazette

KJ ADALAH

CALON PM

YANG TEPAT

AMIN

INI HANG NADIM

DIBUNUH OLEH

ZAHID 

AMIN

SAYANG LULUSAN

OXFORD DIBUNUH

AWAL

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: