Khamis, 7 September 2023

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



DNAA Zahid langkah kebelakang agenda reformasi Kerajaan Madani – MUDA

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid merupakan langkah kebelakang agenda reformasi Kerajaan Madani.

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz berkata, rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila bimbang dengan keputusan ACG membuat ‘pusingan U’ selepas kes yang dibicarakan selama empat tahun, melibatkan 99 saksi dan Mahkamah Tinggi memutuskan terdapat prima facie.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa itu berkata, rakyat mengundi untuk menghapuskan rasuah, salah urus dan memberi tanggungjawab kepada mereka yang dipilih.

Rakyat tidak sama sekali mengundi kerana mahu melihat kes rasuah disingkirkan daripada mahkamah, ujarnya.

Beliau juga kesal kerana AGC hanya menjawab isu tersebut melalui kenyataan dua perenggan yang pendek dan tidak responsif.

“Adakah ini Malaysia yang kita mahukan? Mampukah Malaysia makmur jika kita terus menggugurkan setiap kes rasuah ahli politik elit?

“Tuntut daripada Ahli Parlimen dan ADUN anda pendirian mereka kerana, pada masa ini saya merangka kenyataan ini hampir tidak ada yang menentang keputusan AGC.

“Apa yang saya tahu pasti Zahid bebas berkeliaran tanpa sebarang pertuduhan rasuah terhadapnya, dan beliau kini adalah Timbalan Perdana Menteri kita di bawah Kerajaan Madani,” kata Amira Aisya.

Sebelum ini beliau menuntut kerajaan melaksanakan tiga perkara iaitu Peguam Negara wajib menjawab isu tersebut di Parlimen dan menuntut Ahmad Zahid didakwa semula di mahkamah.

Selain itu kerajaan perlu menetapkan tarikh untuk memisahkan peranan Jabatan Peguam Negara dan Pendakwaraya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding.

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi amaran untuk menilai sokongan terhadap kerajaan serta turun ke jalan raya jika tiada penjelasan diberikan dalam kes mahkamah melibatkan Ahmad Zahid.-

JIKA MUDA

BIJAK MENGOLAH

PARTI INI AKAN 

MENAWAN HATI

ANAK MUDA

AMIN

WAJIB DILIHAT

 COOL

CUN BERGETAH

AMIN

PALING PENTING

BERANI MELAWAN

BERANI TURUN

BERDEMO

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

abuqassim berkata...

KAH KAH KAH
Demo pakai payung..
Takut tobakar kulit ko?
Jalan rayo utk rakyat marhaen..
Budak² perasan elit tkdo yg nk ikut doh..
KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

Ada tak composer Lagu Nak buat Lagu Tajuk

"Saya Ulangggg"

Moh perah idea Nak Kasi Jadi

Tajuk lagu

"Saya Ulang...'



Kikikikiko

Tanpa Nama berkata...

Turun demo ape ke bende. Harapkan seluar ketat nampak telok je. Kah kah kah.