Jumaat, 8 September 2023

BERSATU SATU KEPALA DENGAN AMK PKR



Isu Zahid lepas: Wan Fayhsal kemuka usul tergempar di Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan usul tergempar ke Dewan Rakyat berhubung keputusan menarik balik 47 pertuduhan mahkamah ke atas Zahid.

Usul berkenaan dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bagi menuntut penjelasan Peguam Negara berhubung perkara berkenaan.

“Saya telah menghantar usul tergempar jam 830 pagi tadi untuk Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 11 September ini untuk tangguhkan mesyuarat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) bagi memberi laluan untuk rakyat dapatkan penjelasan daripada Peguam Negara berhubung keputusan menarik balik 47 pertuduhan mahkamah ke atas YAB Timbalan Perdana Menteri.

“Usul ini adalah mustahak, punya kepentingan ramai demi memelihara integriti kerajaan persekutuan dan kedaulatan undang-undang Malaysia,” jelas Wan Ahmad Fayhsal.

Surat bertarikh 7 September dan diserahkan kepada Yang d-Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul itu rata-ratanya memohon penjelasan Peguam Negara mengenai perincian dan asas keputusan yang dibuat terhadap Ahmad Zahid.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, penjelasan itu dituntut pembangkang kerana ia melibatkan imej baik serta kredibiliti institusi Peguam Negara.

“Penjelasan segera dan tuntas daripada Peguam Negara dapat melenyapkan persoalan serta pertikaian awam terhadap dahuluan yang telah dilakukan Peguam Negara.

“Usul ini juga penting bagi memastikan tiada campur tangan dari pihak kerajaan khususnya pimpinan tertinggi negara dalam kes-kes berpforil tinggi yang melibatkan ahli politik apatah lagi seroang anggota pentadbiran kerajaan persekutuan,” katanya lagi.

Untuk rekod, sidang mesyuarat khas penggal kedua Parlimen ke 15 (PRU15) akan berlangsung selama enam hari bermula 11 hingga 19 September depan.

Pada Isnin lalu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dilepas tanpa dibebaskan atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu.


ADA PERSAMAAN

ANTARA TUNTUTAN

BERSATU DENGAN

ANGKATAN MUDA

KEADILAN

AMIN

TAPI INI MUSTAHIL

BERLAKU KERANA

KITA BUKAN SWEDEN

KAH KAH KAH

JO BEDUL 

MUSTAHIL AKAN

BERI MASA

KAH KAH KAH

APAKAH ADA

YANG MIMPI 

BAHAWA PARLIMEN

AKAN BERLAKU

PERBINCANGAN ?

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

abuqassim berkata...

Ni bangang nyo kojo..
Apo ko jadah eh untong kek rakyat..
Bogheh makin susah nk boli tu la bincang...
Siam dgn hindu dh tknk jual dh...
Bogheh tu lg ponting dr wak jahid tu..
Aduyai..
Dapek empi bangang..
Bangang la yg kuar dr mulut eh..
KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

jika ada perbincangan apa parilmen boleh buat ?