Selasa, 5 September 2023

DAP NAK PUTAR SAMA


DAP minta Peguam Negara jelaskan keputusan mahkamah berhubung kes Zahid

SETIAUSAHA Agung DAP Loke Siew Fook mahu Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan faktor di sebalik keputusan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) bagi kes Ahmad Zahid Hamidi, yang merupakan presiden Umno dan timbalan perdana menteri.

Menteri pengangkutan berkata penjelasan daripada Idrus adalah penting untuk menjaga keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan Malaysia.

“Permohonan DNAA daripada pihak pendakwaan untuk menamatkan prosiding sementara membuat siasatan lebih terperinci adalah budi bicara Peguam Negara dan diputuskan oleh mahkamah. 

“DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. 

Idrus bersara sebagai peguam negara hari ini.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberikan Zahid DNAA bagi semua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram dikritik hebat oleh pelbagai pihak, termasuk kumpulan masyarakat sivil dan aktivis.

“DAP juga akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah.”

Hakim Collin Lawrence Sequerah semalam membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk menghentikan prosiding atas alasan ia bercadang untuk menjalankan siasatan yang lebih mendalam terhadap kes itu.

Ahmad Zahid, 70, yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional, dikenakan 47 pertuduhan pada akhir 2018 dan awal 2019.

Seramai 114 saksi dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 18 November 2019 dan berlangsung selama 77 hari.

Selepas 99 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam perbicaraan, Mahkamah Tinggi pada 24 Januari 2022 memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas kesemua 47 pertuduhan. Ahmad Zahid adalah antara 15 saksi pembelaan yang memberi keterangan dalam kes itu.

Daripada 47 pertuduhan terbabit 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.

Antara yang menyelar keputusan itu ialah bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.

Beliau menerusi platform X menyatakan kerajaan perlu menjelaskan keputusannya.

“Ia adalah pembaziran dana awam dalam membuktikan kes prima facie dan pembaziran semua kerja keras ahli-ahli Jabatan Peguam Negara.

“Penjelasan pasti terhutang kepada orang ramai. Dan saya harap tiada ahli politik UG (kerajaan perpaduan) berani untuk membenarkan perkara ini atau sekali lagi mengatakan mereka anti rasuah,” katanya. – 5 September, 2023.



PUTAR JANGAN

TAK PUTAR

KAH KAH KAH

TUNGGANG JANGAN

TAK TUNGGANG

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak kuasa nak jadi kerajaan kena pandai putar kena pandai bohong kena pandai belit macam sawa kah kah kah semua boleh berlaku hanya di negara tercantik ini, tak apa semuanya akan berlaku tak kira siapa pegang kuasa, asal sama rumpun sama perangai sama gene sama perangai United Gerombolan Sdn Bhd, asal usul sama kalau PN akan sama juga tak ada beza kena lawan lepas kawan ini budaya tak ada pelik tak ada apa apa berlaku cuma rakyat risau cakap cakap sekarang semuanya hanyut ke alam kubur belaka kah kah kah setiap tindakan ada balasan percayalah tunggu masa peluang sapu sapu lawak paling popular sekarang kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

perjelas pukimarx dia.. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Dunia putar setiap masa, manusia ikut putar putar sekali, nasib baik lah lidah dikatakan tiada tulang, kalau lah ada tulang patah kena selalu simen woit kah kah kah yang paling patah tulang lidah ialah Mahathir anak Mohamad Iskandar Kutty asal usulnya dari Kerala, India, betulkan? Selalunya Melayu ciplak lebih riuh rendah dari yang asli kalau tak percaya cuba lihat mamu mamu nasi kandar kalah ustaz Azhar Idrus kah kah kah