Selasa, 5 September 2023

LAWAK BERDIRI TERTINGGI


Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes Zahid, kata Fadillah


KERAJAAN tidak campur tangan dan menghormati proses perundangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, dalam kes pecah amanah melibatkan Yayasan Akalbudi (YAB).

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata selain percaya kepada proses pengasingan kuasa antara Parlimen, eksekutif dan badan kehakiman, beliau yakin keputusan dibuat itu berdasarkan fakta yang kukuh.

“Jadi bagi saya biarlah proses perundangan itu berjalan dengan baik dan kita hormatilah.

“Kita tidak akan campur tangan, terserahlah kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk menilai apa tindakan seterusnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah hari ini melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

Mengulas lanjut Fadillah berkata semua pihak seharusnya menghormati keputusan mahkamah, selepas proses sepatutnya sebagaimana yang termaktub dalam sistem perundangan dilalui.

“Saya rasa selain yang ini, banyak keputusan lepas juga menjadi keputusan yang kontroversi tapi bagi saya itu hak mutlak mahkamah, jadi sebaiknya kita hormatilah,” katanya. – Bernama, 4 September, 2023.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

WOIT

KAH KAH KAH

SEMUA DAH BIJAK

BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah memang lah lawak semua lawak curi lawak rompak lawak sapu sapu lawak kuasa lawak kaum jadi lawak agama jadi lawak, makan lawak, berak lawak kah kah kah semua lawak orang Kita suka lawak suka pelawak siapa berani jadi pelawak akan menang, tak cerdik tak apa, tak pandai tak apa tapi kena bijak lawak kena bijak hasut kena bijak kacau sini kacau sana begitu saja cara jadi pemimpin Melayu Isle kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kalau rasa jealous boleh dakwa Zahid semula. Apa masalah dia tak dibebaskan. Lebai wang jadi PM pakat dakwa Zahid semula hahaha.

Tanpa Nama berkata...

tak campur pukimarx dia..