Jumaat, 22 September 2023

MASIH BULAN 9 BANJIR DAH SAMPAI


297 mangsa banjir di P.Pinang, Kedah dan Perak

GEORGE TOWN – Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak susulan hujan lebat sejak semalam.

Berdasarkan laporan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 297 mangsa ditempatkan di enam PPS tersebut.

Mengikut rekod, seramai 66 mangsa dilaporkan di Pulau Pinang dan kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kota dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Bagi Kedah, seramai 102 mangsa dilaporkan berada di PPS Dewan Masjid Islahiyah Tawar dan Masjid Binjul Luar dalam daerah Baling.

Air naik di sekitar Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang bagi daerah Baling.

Manakala bagi Perak pula, 129 mangsa ditempatkan di tiga PPS membabitkan daerah Tapah serta Larut, Matang dan Selama.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – 

AWAS !!!

BANJIR SAMPAI

AWAL

AMIN

MASIH BULAN 9

BANJIR DAH TIBA

AMIN

INI NAMANYA

MALAPETAKA 

CUACA

KHALAS

Tiada ulasan: